Siakap Keli
Foto: Fit Terengganu

Pecah Rahsia, Kisah John Beasley Selalu Bagi ‘Flight Meal’ Kepada Azizul, Katanya Tak Lapar Rupa-Rupanya

Mungkin ramai yang tidak kenali jurulatih skuad berbasikal trek negara, John Beasley yang telah melahirkan ramai juara atlet berbasikal di negara kita termasuklah Datuk Azizulhasni Awang.

Menerusi laman Facebook Datuk Azizulhasni Awang mengucapkan ribuan terima kasih kepada jurulatihnya, John Beasley dan isteri, Vicky Beasley yang banyak membantu alam kejayaannya selama ini.

Bukan itu sahaja, dalam posting tersebut Azizulhasni turut meluahkan rasa bangga dan terharu mendapat jurulatih sebaik ini.

Terima kasih kepada jurulatih saya John Beasley serta isterinya Vicky Beasley. Watak yang amat penting di sebalik kejayaan saya selama ini. Walaupun lahir sebagai seorang Mat Salleh Aussie dan berkulit putih, tetapi jiwa beliau sangat dekat dengan Malaysia. Orang luar tidak dapat bayangkan akan pengorbanan beliau untuk saya dan juga sukan lumba basikal negara kita.

John Beasley bukan hanya seorang jurulatih kepada saya, tetapi lebih dari itu…

Teringat zaman muda remaja dahulu, ketika atas kapal terbang John Beasley selalu bagi ‘flight meal’ beliau kepada saya dan katanya dia tidak lapar. Saya naif dan percaya bulat-bulat, walhal beliau nak saya tambah berat badan dan makan dengan cukup. Beliau sangatlah di hormati di arena lumba basikal antarabangsa dan juga sentiasa menjadi rebutan negara-negara luar akan tetapi beliau taat dengan Malaysia seolah-olah sudah terkena nasi kangkang orang Melayu. John Beasley bukan hanya seorang jurulatih kepada saya, tetapi lebih dari itu.

Terima kasih kepada pasukan saya (TeamAzizul) yang sanggup bersama-sama meredah onak dan duri. Izham Mohammad selaku team manager/coordinator yang berperanan melancarkan banyak urusan belakang tabir supaya saya dapat memberikan tumpuan penuh kepada latihan dan perlumbaan.

Harnizam Basri selaku pembantu jurulatih banyak membantu dari aspek latihan , kelengkapan perang dan yang hal-hal berkaitan. Mollynica Juanis selalu physio yang memastikan saya berada di tahap kondisi fizikal yang terbaik dan terhindar dari sebarang kecederaan. Chee Lee Ming selaku pakar sains sukan yang memberikan bantuan dari sudut sains sukan secara menyeluruh. Semua aspek-aspek sains sukan yang boleh menjadi anjakan paradigma untuk prestasi saya adalah tanggungjawab beliau.

Saya harap ketiga-tiga nama yang saya sebut ini akan bersama-sama dengan saya di Paris 2024 nanti, 3 tahun lagi…

Terima kasih kepada rakan sepasukan Shah Firdaus, Fadhil Zonis dan Anis Rosidi yang sentiasa bersama-sama dengan saya ketika senang mahupun susah. Kami sentiasa ‘push each other’ dalam latihan manakala di luar latihan pula kami saling membantu sesama sendiri untuk menuju ke puncak. ‘Iron sharpens iron’, untuk menjadi seorang yang bagus, kita perlu di kelilingi oleh orang-orang yang bagus dan kita kena bersaing sesama sendiri secara positif.

Untuk membentuk satu legasi yang hebat, kita perlu sama-sama membantu menaikkan orang disekeliling kita dan saya tersangatlah anti dengan mentaliti menjatuhkan orang lain dan sikap ‘akulah paling bagus dalam dunia ni’. Saya harap ketiga-tiga nama yang saya sebut ini akan bersama-sama dengan saya di Paris 2024 nanti, 3 tahun lagi.

Hero yang tak di dendang…

Hero tak di dendang, Fateha Mustapha (Ratu Basikal Malaysia) pernah kata dia ni bukan jurulatih tapi ayah kepada mereka. Magis sentuhan dia banyak yang berjaya. Dari Josiah Ng, Dato Azizulhasni Awang, Shah, Rizal Tisin (tak pasti) dan termasuk Fateha Mustapha.

Malah ramai tak tau ada 2 lagi jaguh dalam pembikinan dah berjaya bawah sentuhan dia. Fadhil zonis dan Anis Rosidi. Fadhil menang gold medal di kejohanan Piala Negara-negara kalahkan jaguh Jepun yang wakil olimpik di Tokyo,Yuta Wakimoto dan Yudai Nitta pada Mei lalu dan Anis pula gangsa dalam acara 500m ujian masa.

Selepas di Olimpik Rio 2016 John Beasley ni pernah diintai negara Iran dan Jepun yang tagih khidmat dia lepas Dato Azizul dapat Gangsa di Rio. Tapi dia tolak atas alasan tugasnya belum selesai dalam melahirkan ramai lagi jaguh basikal Malaysia. Seharusnya kita respect dan bagi pujian kepadanya.

To John Beasley Thank You!

Jadi tenang Malaysia masih ramai Cyclist mampu raih emas di Olympics akan datang.

 

Sumber: Fit Terengganu, Azizulhasni Awang

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.