Siakap Keli

(Video) Ramai Ingat Iklan Ni ‘Trick’ Komputer, Viral Rupanya Wanita Ini Benar-benar ‘Panjat’ Burj Khalifa

Satu video yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan terkemuka di dunia iaitu Emirates telah meraih perhatian ramai.

Video tersebut memaparkan seorang wanita berdiri di puncak bangunan Burj Khalifa di Dubai sambil memegang beberapa keping kertas.

Video tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai berkenaan kesahihannya.

Ada yang berpandangan bahawa video tersebut hanya dibuat di dalam studio berlatar belakangkan skrin hijau.

Namun begitu, pada baru-baru ini syarikat penerbangan tersebut telah menepis segala dakwaan dengan memuat naik satu video di sebalik tabir yang menunjukkan bahawa penggambaran wanita itu sebenarnya dibuat betul-betul di atas bangunan paling tinggi di dunia berkenaan dan bukannya di dalam studio.

 

 

Video tersebut memaparkan rehearsal serta beberapa langkah persediaan dan keselamatan sebelum penggambaran tersebut dilakukan betul-betul di puncak bangunan yang berukuran setinggi 828 meter itu.

Menurut kapsyen yang terdapat dalam video berkenaan, mereka memerlukan lebih dari sejam memanjat dari tingkat 160 untuk sampai ke puncak bangunan tersebut.

Tambahan lagi, protokol dan langkah keselamatan yang ketat perlu diutamakan untuk menghasilkan penggambaran salah satu iklan daripada lokasi yang paling tinggi di dunia

Video tersebut juga turut menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah mendapat lebih sejuta tontonan selepas hanya sehari sahaja ianya dimuat naik.

 

 

Sumber: emirates

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.