Apa perasaan korang dapat nyanyikan lagu kebangsaan negara kita di mana-mana acara yang melibatkan negara luar? Mesti seronok bukan, bukan sahaja perasaan bangga, ini seolah-olah menjadi satu semangat perpaduan yang ditunjukkan kepada negara luar.
Lagu kebangsaan biasanya dinyanyikan ketika di temasya sukan, terutamanya apabila negara kita memenangi pingat emas di Sukan Olimpik, atlet akan memegang bendera negara dan menyanyikan lagu kebangsaan kita.
Pernah tak korang terbayang seandainya lagu ‘Negaraku’ tidak mempunyai lirik untuk dinyanyikan sebaliknya hanya berbentuk melodi sahaja? Mesti rasa pelik dan kekok kan.
Tahukah anda, empat negara ini mempunyai lagu kebangsaan tanpa lirik. Hanya muzik sahaja mengiringi lagu kebangsaan mereka. Jika anda perasan ketika aksi akhir bolasepak Olimpik Sepanyol vs Brazil, pemain Sepanyol hanya berdiri tegak dan tidak menyanyikan lagu kebangsaan mereka.
Ini negara yang tidak mempunyai lirik pada lagu kebangsaan negara.
1. Sepanyol – ‘Marcha Real’
Sejarah Sepanyol Marcha Real
Lagu kebangsaan rasmi negara Eropah di Sepanyol dikenali sebagai ‘Marcha Real’ di dalam terjemahaan bahasa Inggeri yang membawa maksud ‘Royal March’. Ia juga dirujuk sebagai ‘The Grenadier March’.
Lagu tertua di dunia
Lagu kebangsaan negara ini merupakan antara lagu tertua di dunia. Menariknya lagu ini mempunyai pelbagai versi iaitu versi untuk menghormati raja dan versi yang dimainkan di temasya sukan.
2. Bosnia Herzegovina – ‘Intermeco’
Disyaratkan untuk tidak ada lirik pada lagu
Negara ini antara negara yang disyaratkan untuk memiliki lagu kebangsaan tanpa lirik selepas perjanjian perang Bosnia pada tahun 1995 lalu. Hal ini kerana di dalam syarat tersebut mengatakan bahwa negara ini tidak perlu mengutamakan mana-mana etnik dalam perlembagaan negara mereka.
Penerimaan lagu kebangsaan ini mendapat pelbagai reaksi masyarakat, bagi etnik Bosnia dan Croat mereka menerima lagu ini namun bagi etnik Serbia yang bukan sahaja memberi malah tidak menghormati langsung ketika lagu ini dimainkan.
3. Kosovo – ‘Himni i Republikes e Kosoves’
Sejarah lagu kebangsaan dicipta
Pada tahun 2008, kerajaan Kosovo telah menawarkan hadiah wang tunai kepada pemenang yang mencipta lagu kebangsaan negara terseut. Namun, disebabkan populasi Kosovo dikuasai oleh orang Albania dan etnik Serbia sebagai kumpulan kedua terbesar, masalah pemilihan bahasa telah menimbulkan isu besar.
Jadi, jawatan kuasa pertandingan tersebut memutuskan untuk memadamkan lirik dalam lagu yang dicipta oleh pemenang.
4. San Marino – ‘Inno Nazionale della Repubblica’
Seperti mana yang kita tahu, San Marino adalah sebuah negara kecil yang terletak di dalam negara Itali yang hanya mempunyai keluasan negara 61km persegi sahaja.
Lagu kebangsaan negara ini dicipta sejak 1894 oleh seorang pemuzik berbakt dalam instrumen biola. Oleh sebab itu, jika anda mendengar lagu ini ia adalah gabungkan instrumen pelbagai untuk menghasilkan melodi.
Sumber rujukan: Worldatas, Ilumminasi