Siakap Keli
Gambar: @hafizi.zain

(Video) Telefon Jadi ‘Berat’, Ini Cara Nak Padam ‘File’ Bersaiz Besar Yang Tak Penting, Terus Jadi Laju

Pasti tak senang kan bila notifikasi ‘storage’ penuh selalu muncul pada skrin telefon? Kadangkala sampai langsung tak boleh akses sesetengah aplikasi gara-gara tiada ruang mencukupi.

Nak padamkan gambar-gambar atau video dalam galeri, banyak pula kenangan.

Jadi apa kata, mari kita cuba cara memadam memori yang tak diperlukan lagi supaya peranti anda dapat berfungsi dengan lebih laju. Tak perlu usik gambar dalam galeri.

Cara untuk membuatkan telefon menjadi lebih laju ini telah dikongsikan saudara @hafizi.zain di Tiktok dan telah mendapat lebih 20 ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.

Caranya, buka setting dan masuk bahagian aplikasi (Apps).

Klik ‘Sort by’ untuk menyusun aplikasi mengikut saiz.

Anda akan melihat aplikasi yang paling ‘berat’ berada di atas, diikuti yang semakin ‘ringan’.

Pilih aplikasi tersebut dan klik pada ‘Storage’

Tekan ‘Clear cache’ dan selesai.

Untuk panduan lebih jelas, tonton video di bawah.

@hafizi.zain

Jom ‘clear’ kan memory phone yang tak perlu. Baru phone jadi laju. #share #tiktokguru #viral #foryou #hafizizain #tiktokmalaysia

♬ Epic Music(842228) – Pavel

Sumber: @hafizi.zain

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.