Adat berniaga ini banyak rencah dan asam garamnya. Kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran, lebih-lebih lagi daripada pelanggan sendiri.
Seperti apa yang dialami oleh Nusantara Burger dalam group Facebook Burger Malaysia ini, abang peniaga ini ‘diuji’ apabila langganannya tiba-tiba dibatalkan oleh pelanggan.
Bukan satu, bukan dua tapi berpuluh-puluh kerugian. Jom ikuti kisah ringkas ini.

“First time dapat customer order lewat pukul 9.30 malam. Order burger ayam special 15, daging special 15. Elok dalam perjalanan nak COD, terus dia call cancel order sebab lambat.
“Sebelum nak buat, minta suruh transfer. Customer cakap takdak kad ATM, nak bayar cash. Bertabahlah, mungkin ujian dari Allah. Rezeki untuk gelandangan, amin amin ya rabbal a’lamin..”
Perkongsiannya itu menerima pelbagai maklum balas daripada warga group tersebut, rata-rata mereka menzahirkan rasa simpati terhadapnya.
“Macam ni la saya kena scam..” – Jeffrey
“Ni semua taktik bagi orang down..” – Azizul
“Haih dugaan meniaga bang..” – Hazim
Semoga abang burger ini dimurahkan rezeki olehNya. Ameen.
Sumber: Nusantara Burger melalui BURGER MALAYSIA