Penggodam dilaporkan telah mencuri kira-kira USD 600 juta (RM 2.54 bilion) dalam satu kes kecurian mata wang kripto paling besar dalam sejarah.
Laman web Blockchain Poly Network menyatakan bahawa oenggodam telah memanfaatkan kelemahan dalam sistemnya dan telah berjaya mencuri ribuan token digital antaranya ialah Ether.
Dalam satu surat yang dikongsi di Twitter, pihaknya menyeru para pencuri untuk “mengadakan komunikasi dan mengembalikan aset yang digodam”.
— Poly Network (@PolyNetwork2) August 10, 2021
Secara skala, penggodaman tersebut setara dengan pelanggaran terbesar di bursa seperti Coincheck dan Mt Gox.
Dalam suratnya Poly Network menyatakan: “Jumlah wang yang anda godam adalah salah satu yang terbesar dalam sejarah defi (kewangan terdesentralisasi).
“Undang-undang di mana-mana negara akan menganggap ini sebagai jenayah ekonomi utama dan anda akan diburu.
“Wang yang anda curi adalah (sic) dari puluhan ribu anggota komuniti kripto, iaitu milik orang lain.”
Poly Network juga menyatakan bahawa siasatan awal mendapati penggodam mengeksploitasi “kelemahan antara panggilan kontrak”.
Ia menggesa pelbagai pertukaran untuk menyekat deposit koin, setelah token berjuta-juta dolar dipindahkan ke simpanan matawang kripto yang terpisah.
Kira-kira USD 267 juta mata wang kripto Ether telah diambil, USD 257 juta mata wang kripto Binance dan kira-kira USD 85 juta token USDC.
Changpeng Zhao, Ketua Eksekutif Binance, menyatakan syarikatnya menyedari penggodaman itu, tetapi tidak banyak yang dapat dilakukan oleh mereka.
Dia menyatakan kumpulan itu “sedang bekerjasama dengan semua rakan keselamatan kami untuk membantu secara proaktif”.
“Tidak ada jaminan,” tambahnya.
Bagaimanapun, kumpulan penggodam berkenaan dilaporkan telah mula mengembalikan mata wang kripto yang dicuri secara berperingkat.
Kumpulan penggodam berkenaan mendakwa, mereka melakukan tindakan berkenaan untuk mengenalpasti kelemahan yang wujud dalam sistem Poly Network. Mereka juga berharap dapat bekerjasama dengan Poly Network untuk mengatasi masalah tersebut.