Pajeri nanas, pajeri terung atau pajeri mangga itu antara yang biasa kita dengar dan rasa kan? Korang mesti rasa pelik bila SK nak kongsikan resipi pajeri rambutan. Ya, pajeri rambutan ini sering dihidangkan dahulu ketika zaman mak ayah kita masih kecil.
Rasanya sedap dan manis lebih sedap daripada pajeri yang lain kerana ia menggunakan buah yang segar dan manis. Kalau korang yang ada pokok rambutan banyak di tepi rumah tu, boleh cuba resipi ni.
Menurut pemilik resipi ini, dia yakin kalau sesiapa mencuba resipi ini tidak akan menyesal malah akan ‘teringat-ingat’ bila habis musim rambutan nanti. Jadi, jom lihat cara dan bahan yang diperlukan untuk membuat sajian unik ini.
Salam Jumaat. Hari ni sya nak kongsi 1 resepi. Siapa penah masak Pajeri Rambutan? Saya kira second time masak pajeri rambutan ni. First time masak mak mertua request, sebab sekarangkan musim rambutan. Adik beradik tak dapat balik. Jadi Rambutan tak ada orang nak makan.
Sayang tengok … Nak sedekah pun kat kampong ni 1 rumah 3 batang pokok.
Jadi kita buat lauk je. Memang sedap. Lagi sedap dari Pajeri Nanas. Air rambutan yang manis buatkan pajeri tu rasa memang sedap.
Resepi dia sama macam masak pajeri nenas. Cuma kita tukar guna rambutan gading atau tak lekang. Nak sedap lagi kerisik kita letak banyak sikit. Lemak-lemak manis gitu.
Asalnya resepi ni bukan resepi baru ye. Cuma jenerasi kita yang tak pernah jumpa. Yang tahu pun sekarang level umur mesti 40-50 tahun dah. Kiranya macam dah nak pupuslah resepi ni.
Ni resepi orang dulu-dulu. Saya pun tak pernah tahu sebelum ni. Otai masih berbisa yang ajar. Tak tahu asal lauk ni dari mana sebab ramai yang cakap pernah makan masa kecik. Tok wan buat, arwah nenek buat.
Bila saya masak tengok macam tah ape lah lauk ni. Bila tang rasa, malas nak cakap. Mencari nanti.
Ni bahan-bahan yang diperlukan
Bawang kecik 10ulas (hiris) *lagi banyak lagi sedap
Bawang putih 2 ulas hiris
cili mesin dalam 4sudu *nak pedas letak banyak.
Daun kari
4 sekawan
Ni cara-cara nak buatnya
1. Tumis semua bahan kat atas dgn minyak.dah kering sikit letak serbuk kari.
2. Masukkn rambutan (rambutan fresh ye, tak payah rebus)
3. Tunggu air rambutan kering sikit masukkan santan (banyak santan cukup paras rambutan tu je)
4. Tunggu kering sikit masukkan kerisik (nak sedap letak banyak sikit)
5. Masukkan gula merah ikot manis (tak payah banyak, sebab buah dah manis cuma untuk pekatkan kuah sikit).
6. Garam ikut rasa.
Bila kuah tu dah pekat, mesti kita nak rasakan? Part ni paling bahaya sebab kita akan rasa. Eh rasa lagi, rasa lagi. Tak berhenti-henti, dalam hati cakap eh layan juga benda ni.
Ok semua terima kasih… Jaga diri ye. Semoga kita semua dilindungi dari wabak Covid ni…aminn
Sumber: Lemang Luak Rembau