Siakap Keli

Meletup Sampai Ke Siling, Netizen Kongsi Pengalaman ‘Tragis’ Buka Botol Cencaluk

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa pembaca-pembaca SK yang suka makan cencaluk? Kalau orang Melaka macam min, cencaluk ni dah jadi makanan wajib. Kena pulak perah limau, campur bawang hiris, fuh dia punya sedap sampai terlelap dibuatnya.

Tapi pernah tak anda semua mengalami nasib ‘malang’ semasa nak buka penutup botol cencaluk ni? Siapa yang pernah kena, tahulah macam mana ‘pedihnya’ hati apabila muka tiba-tiba disembur dengan ledakan cencaluk.

Itulah seperti yang dialami oleh warga Group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini (MATJHN), Nor Aza Aza baru-baru ini. Jom ikuti perkongsiannya dalam MATJHN di bawah ini. Confirm tergelak.

Netizen kongsi kisah lucu buka botol cencaluk

Dalam perkongsian itu, Nor Aza menulis pengalaman lucunya seperti berikut:-

“Memang kena mandi dululah. Ikut petua petua orang rendam dalam air sejuk dulu sebelum buka penutup botol.

“Buka-buka je terus MELETOP habis muka & lantai. Hahaha. Busuk betul bau cencaluk ni.”

Gambar: Nor Aza Aza
Gambar: Nor Aza Aza

Perkongsian Nor Aza ini meraih lebih 1,600 tanda suka daripada netizen setakat artikel ini ditulis. Rata-ratanya cukup terhibur dengan kejadian cencaluk meletup sampai ke siling.

Rupa-rupanya, Nor Aza tidak keseorangan. Bukan dia seorang saja yang ‘terkena’, malah boleh dikatakan hampir semua netizen yang membaca kisahnya ini pun pernah mengalami kejadian sama; diserang ledakan cencaluk.

Jom kita baca satu-persatu kisah netizen lain dalam ruangan komentar di tangkap layar di bawah ini.

“Patutlah ada bunyi macam letupan tadi..” – Mat Isa

“Melayang hingga kena rumah mertua kat sebelah..” – Mia

“Kalau nak buka, saya akan selungkup dengan plastik…” – Siti

“Penuh rambut dengan udang..” – Ida

“Haha muka suami penuh dengan cencaluk..” – Norfateha

“Pernah tersedut masuk hidung,” – Miz

Disebabkan ramai yang ‘gagal’ dalam proses membuka botol cencaluk, mungkin sebab kali pertama, maka ramai juga netizen yang sudi berkongsi cara membukanya dengan betul.

Cencaluk kan berasal dari Melaka. Mungkin orang Melaka lebih tahu. Jom ikuti petua-petua di bawah ini.

Tebuk tengah-tengah penutup

Jangan terus angkat penutup

Masuk peti sejuk dulu

Begitulah beberapa pengalaman menggelikan hati oleh mereka yang pernah mengalaminya. Anda pula macam mana? Pernah terkena letupan cencaluk? Jom kongsikan kisah anda pula di ruangan komen.

Sumber: Nor Aza Aza melalui Masak Apa Tak Jadi Hari Ini

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.