Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Penting Untuk Ibu Hamil, Ini Langkah-langkah Perlu Buat Jika Disahkan Positif COVID-19

Kes jangkitan COVID-19 yang teruk dalam kalangan ibu hamil semakin kerap kita dengar di media massa dan sosial. Hal ini pastinya sedikit sebanyak meningkatkan kerisauan dalam kalangan keluarga serta ibu hamil itu sendiri, apatah lagi dengan varian baru yang semakin mengganas.

Justeru, Bahagian Kesihatan Pembangunan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan panduan buat ibu hamil jika terkena jangkitan virus tersebut.

1. Ibu hamil perlu menghadirkan diri ke CAC untuk penilaian doktor, walaupun tidak bergejala

2. Ikut nasihat doktor jika perlu dipantau di fasiliti kesihatan

3. Jika gejala bertambah teruk semasa kuarantin di rumah, segera ke klinik atau CAC berdekatan

4. Ketahui gejala yang memerlukan rawatan segera – sesak nafas, sakit dada, kurang tahap sedar atau tidak sedar diri, kelesuan bertambah teruk, ketepuan oksigen kurang 95%.

5. Hubungi talian 999 atau ke hospital berdekatan jika berlaku kecemasan.

6. Tekan butang SOS pada aplikasi MySejahtera jika bantuan kecemasan diperlukan.

Walau bagaimanapun, pencegahan itu adalah lebih baik dari merawat. Oleh yang demikian, penting untuk semua individu terutamanya ibu hamil untuk mengambil langkah pencegahan supaya tidak dijangkiti. Antaranya ialah mengamalkan norma baharu, lengkapkan vaksin sebelum fasa akhir kehamilan, kekal berada di rumah dan banyak lagi seperti berikut:

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.