Mencipta sejarah dengan memenangi pingat emas di Olimpik pada usia 14 tahun, Quan Hongchan nampaknya kini mempunyai peminat yang tersendiri.
Selepas kisah hidupnya mendapat perhatian ramai, kini kampungnya ‘dihujani’ dengan peminat-peminat yang prihatin terhadap dirinya.
Bahkan, keluarganya juga dilaporkan telah menerima pelbagai hadiah dan wang tunai dari seluruh negara sehingga mereka terpaksa menolaknya.
Menurut South China Morning Post, masyarakat di negara itu bermurah hati memberikan pelbagai hadiah serta telah mengubah kampung Hongchan menjadi lokasi pelancongan.
Media tempatan juga melaporkan bahawa kampung halaman Hongchan di Maihe, Wilayah Guangdong telah menjadi lokasi tarikan pengguna media sosial.

Difahamkan, para vlogger dan peminat telah berduyun-duyun ke kampung tersebut. Pun begitu, kehadiran mereka itu juga sebenarnya menimbulkan kesukaran besar bagi keluarga dan jiran Hongchan.
Orang ramai dikatakan telah menganggu rutin harian kampung tersebut dan menghalang usaha dalam mengekang jangkitan COVID-19.
Bapa Hongchan, Quan Wenmao mengesahkan bahawa dia telah ditawarkan sebuah rumah flat, hartanah dan wang tunai sebanyak 200,000 yuan (RM130,704). Dia mengatakan bahawa dia menolak kesemua tawaran tersebut.
“Saya berterima kasih kepada mereka kerana datang. Tetapi saya tidak akan ambil apa-apa, saya tidak akan ambil satu sen pun.

“Mereka hanya perlu kirim salam, tak perlulah datang ke sini. Ia menganggu kehidupan kami,” katanya.
Selain wang dan hartanah, peminatnya juga telah mengirim makanan ringan kesukaan Hongchan iaitu latiao.
Semua hadiah disimpan oleh jawatankuasa kampung dan beberapa makanan ringan telah diberikan kepada kanak-kanak di kampung itu.
Hongchan telah memenangi pingat emas dalam acara 10m platform individu wanita minggu lalu dengan persembahan yang menakjubkan sehingga memperlihatkannya mendapat perfect score.
Sejurus kemenangannya itu, tular mengenai kehidupannya yang serba kekurangan di kampung tersebut dengan ibunya yang sedang bertarung sakit disebabkan kemalangan kereta pada tahun 2017. Mereka bertahan menjalani hidup dengan gaji bapanya yang bekerja di ladang buah oren.
“It’s disturbing their lives and ours too.” – the family of Chinese Olympic diver Quan Hongchan has turned down a flat, a free commercial property and cash from fans. pic.twitter.com/I1Tg0hKT8z
— South China Morning Post (@SCMPNews) August 11, 2021
Sumber: South China Morning Post