Siakap Keli

TERKINI: Kes Baharu Covid-19 20,780 Kes, Enam Negeri Lagi Catat Kes Lebih 1,000

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa sebanyak 20,780 kes harian tertinggi dicatatkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 1,320,547.

Selain itu, menerusi kiriman daripada Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan menunjukkan selain Selangor (6,921) dan diikuti dengan Kuala Lumpur (2,065), terdapat enam lagi buah negeri yang mencatat kes lebih dari 1,000 kes. Antara enam negeri tersebut adalah Johor (1,693), Kedah (1,534), Sabah (1,514) dan Pulau Pinang (1,385).

Selain itu, Kelantan pula merekodkan 1,284 kes dan Negeri Sembilan (1,015).

Seterusnya, Perak (828), Melaka (636), Sarawak (634), Terengganu (613), Pahang (585), Putrajaya (41), Perlis (29) dan Labuan (3).

 

Sumber: DG Noor Hisham

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.