Siakap Keli

(Video) Epic Betul, Orang Main Seruling, Lelaki Ini Main Gitar ‘Bermain’ Dengan Anak Ular Tedung

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bayangkan sekiranya kita santai melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan rumah, tiba-tiba muncul pula kelibat makluk lain yang turut ‘menumpang’ di kawasan rumah.

Sudah pasti ia mencetus situasi panik leih-lebih lagi ‘makhluk’ tersebut merupakan haiwan yang berbisa.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Hasif Salehen ini, bukan hanya ular berwarna hitam sahaja jadi perhatian ramai malah si pemain gitar tersebut yang membuatkan kejadian cemas ini bertukar menjadi hiburan. Muka yang ‘slamba’ bermain gitar saat rakannya bergelut menangkap si ‘adik’ hitam ini cuit hati ramai.

Kebiasannya orang akan memainkan seruling untuk bermain dengan ular tapi lelaki ini menggantikan seruling dengan gitarnya dan memainkan muzik yang sedikit mencemaskan.

Epic betul jumpa adik hitam ni semalam. Nak ubah gelung konkrit belakang rumah, sekali dia ada bawah tu, nasiblah perasan. Ada yang tahu ular apa?

Katanya semasa dihubungi sebentar tadi, ular tersebut tidak mati tetapi disimpan untuk diberikan kepada pihak Bomba.

 

Sumber: Hasif Salehan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.