Rezeki tak pernah salah alamat. Jika sudah tertulis sesuatu milik kita, ia tidak akan menjadi milik orang lain dan jika ia bukan milik kita, makanan yang hampir masuk ke mulut pun boleh jatuh.
Berkat kejujuran, seorang runner Gojek di Indonesia beroleh rezeki yang tak disangka-sangka. Tatkala dirinya dipercayai baru keluar daripada masjid selepas solat, lelaki ini telah didekati seorang individu yang mengaku ingin menggunakan khidmatnya bagi menghantar sejumlah wang yang besar buat anaknya.
Detik itu telah dirakam pelanggan tersebut yang sebenarnya merupakan seorang Youtuber tempatan, HasanJr11 yang ingin melihat kejujuran lelaki berkenaan.
Menerusi video yang kemudiannya dikongsikan semula oleh @yourmoodd2 di Tiktok, kelihatan lelaki itu teragak-agak untuk mengambil kotak berisi wang 100 juta rupiah berkenaan (kira-kira RM29,358). Pun begitu, dia akur dan bersedia untuk menghantar wang tersebut kepada ‘anak’ pelanggan terbabit.
Ketika pertemuan mereka yang kedua, si pelanggan akhirnya berterus terang dan menyerahkan segugus kunci motosikal kepada runner berkenaan, membuatkan dirinya terpinga-pinga.
Sebaik mengetahui motosikal yang diletakkan berhampiran itu dihadiahkan buatnya, lelaki tersebut mengalirkan air mata sebak dan terus bersujud.
Video yang asalnya dimuatnaik di Youtube pada 2020 itu telah mendapat lebih 13 juta tontonan di Tiktok setelah kembali tular di platform berkenaan. Itulah harga kejujuran seorang lelaki yang amanah menjalankan tanggungjawab diberi kepadanya.
@yourmoodd2 MasyaAllah😭❣️CrYtb:Hasanjr11#fyp #CariTerusRasamu #fypシ #fypage #epyepe #pyf #masukberandafyp #viral #xyzbca #foryou #foryoupage #beranda #ff #foryou
Sumber: @yourmoodd2, HasanJr11