Sebuah jalan raya di Jepun menarik perhatian orang ramai yang terpaku melihat kecuraman jambatan tersebut,
Menurut Daily Star, jambatan Eshima Ohashi itu merupakan jambatan angkat untuk memberi laluan kepada kapal yang melalui di bawahnya.
Dibina pada tahun 1997, jambatan ini mendapat perhatian jutaan penonton di Tiktok yang gayat melihat kenderaan melalui binaan tersebut.
Sementara itu, seorang pengguna dengan nama @hecticnick menjelaskan teorinya di sebalik jambatan berkenaan.
“Ia tak seperti yang anda fikir. Seakan cerun gergasi dan tak mungkin ada kereta boleh memandu melepasinya.
“Bila dilihat secara dekat, anda akan dapat lihat walaupun ia curam, ia tidaklah terlalu besar.
@hecticnick This bridge doesn’t make sense 🤯 #illusions #fyp
Video tersebut telah mendapat lebih 1 juta tontonan di mana rata-rata penonton menzahirkan pendapat masing-masing.
Macam roller coaster
Mimpi ngeri pemandu manual
Bayangkan adrenalin rush bila anda tunggang motosikal turun jambatan
Sumber: Daily Star