Kehilangan orang tersayang sudah pasti memberi kesan yang paling dalam. Inikan pula anak yang dibesarkan dari kecil hingga dewasa.
Sebaik menerima berita pemergian puterinya, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, sang ayah, Raissuddin Hamzah, rasa dunia macam sesepi-sepinya.
Raissuddin, yang juga penyanyi popular di sekitar era 80-an buat pertama kalinya tampil berkongsi duka kepada umum selepas bacaan tahlil dan doa selamat secara maya untuk arwah.
“Apa yang terjadi adalah satu ketentuan yang ditetapkan oleh Allah. Bukan rancangan kita, bukan rancangan siapa-siapa.
“Bila berlaku benda ni, saya tak terkata apa-apa.
“Sampai satu saat Shuib datang, dengan senyum dia kata, “Abah, orang nak pergi hospital.”
“Dia melutut depan saya, dia kata, Siti dah takda,” kata Raissuddin dalam nada sebak.
Allahyarhamah Siti sarah meninggal dunia setelah hampir seminggu bertarung nyawa melawan wabak Covid-19 yang menjangkitinya.
Pemergian Siti Sarah meninggalkan empat orang anak, termasuk bayi lelaki yang baru dilahirkan secara pembedahan, sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
View this post on Instagram