Polis Dang Wangi telah mengambil tindakan dengan mengarahkan pasukan pematuhan ke Pusat Pemberian Vaksin(PPV) Hotel Grand Season bagi mengawal keadaan susulan berlaku kesesakan di pusat berkenaan seperti yang tular di media sosial pada hari ini.
Menurut kenyataan media Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Bin Yahaya, hebahan telah dibuat kepada orang ramai yang hadir supaya membuat penjarakan sosial dan memakai pelitup muka sebagaimana SOP yang telah ditetapkan.
Di dalam hal ini, Polis Dang Wangi telah mengambil tindakan segera dengan mengarahkan pasukan pematuhan ke pusat tersebut bagi mengawal keadaan. Hebahan telah dibuat kepada orang ramai yang hadir supaya membuat penjarakan sosial dan memakai pelitup muka sebagaimana SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), pasukan pematuhan berjaya mengawal keadaan di pusat tersebut sehingga program vaksinasi selesai.
Dalam pada itu, pihak PDRM juga memohon kerjasama orang ramai untuk terus mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh MKN.
Sumber: Polis Dang Wangi