Siakap Keli
Gambar: TikTok @_amirsab

Abang Ni Tunjuk Cara ‘Delete’ Akaun Facebook Lama Yang Dah Lupa ‘Password’ & ‘Username’

Sehingga hari ini, Facebook masih menjadi platform laman sosial kegemaran warga net.

Ingat tak masa mula-mula laman sosial ni ‘meletup’ dulu, berebut-rebut orang nak cipta akaun Facebook ni. Sampai suruh kawan-kawan la tolong buat. Maklum la, penggunaan internet dulu tak seumum sekarang.

Sebab penggunaan internet yang terbatas, masa tu tak dapat la nak online Facebook setiap masa macam sekarang. Lepas tu mula la lupa password, username, kadang tu ada jugak sampai emel pun lupa.

Bila dah buat akaun Facebook baru, apa korang buat dengan akaun lama tu? Nak padam akaun tu, password pun lupa.

Bagi yang nak padam akaun Facebook lama tapi lupa username dan password, cara ni boleh kasi settle masalah korang.

Dalam video yang diunggah di akaun TikTok @_amirsab ni abang ni hanya search je nama akaun lama kat aplikasi Facebook. Cari akaun lama korang sampai jumpa, lepas tu boleh ikut langkah-langkah dalam video bawah ni.

@_amirsab

Reply to @ladybos887 cara delete akaun fb yg lupa password #tiktokguru #shouldbeme #youngcreators #tipbisnes

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Sumber: TikTok @_amirsab

Eyla Azri