Siakap Keli
Gambar: NDTV

Bintang K-Pop & Bekas Ahli Kumpulan BigBang, Seungri Dipenjara 3 Tahun Kerana Terlibat Jenayah Pelacuran

Bekas bintang K-pop iaitu Seungri telah didakwa kerana mengatur pelacuran dan beberapa tuduhan lain yang membabitkan skandal seks dan dadah.

Menurut laporan, Seungri telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun pada hari Khamis (12 Ogos) oleh mahkamah tentera.

Penyanyi berusia 30 tahun daripada kumpulan boyband popular BigBang yang bersara daripada dunia persembahan dan kemudian dikerah menyertai khidmat tentera itu didapati bersalah ke atas kesemua sembilan tuduhan terhadapnya, menurut beberapa laporan media.

Kumpulan BigBang mula mahsyur sejak dari tahun 2006, dan Seungri, yang nama sebenarnya adalah Lee Seung-hyun, telah menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya sejak dari itu.

Dia telah dihukum kerana mengatur perkhidmatan seks untuk bakal pelabur dalam perniagaannya, serta perjudian di luar negara di kasino mewah di Las Vegas yang melibatkan urus niaga pertukaran wang asing secara haram.

“Sukar untuk mempercayai bahawa defendan tidak menyedari bahawa pembayaran kewangan yang dibayar kepada wanita itu adalah untuk seks,” kata hakim Hwang Min-je.

Seungri telah dilaporkan mengubah keterangannya ketika soal siasat polis dijalankan dan di dalam mahkamah.

Penyanyi itu juga turut diperintahkan untuk membayar wang ganti rugi sebanyak 1.15 bilion won.

Siasatan mengenai skandal ke atas dirinya turut membongkar kegiatan beberapa pemuzik dan kakitangan lain di YG Entertainment – bekas agensi Suengri dan salah satu syarikat pengurusan K-pop terbesar.

Ianya telah membuatjab Ketua Eksekutif agensi itu, Yang Hyun-suk untuk mengundurkan diri, kerana disiasat atas dakwaan perjudian haram.

Reaksi terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atas penyanyi itu telah menimbulkan pelbagai reaksi, dengan sebahagian besar warganet mendakwa bahawa hukuman Seungri terlalu ringan untuk kesalahan tersebut.

“Walaupun bernasib baik dia akhirnya dipenjara, namun hukumannya terlalu singkat,” komen seorang warganet.

Yang lain menambah: “Sepatutnya 30 tahun, bukan tiga.”

Sumber: The Straits Times

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.