Fenomena hujan meteor Perseids yang berlaku dari 17 Julai hingga 24 Ogos pada setiap tahun akan menuju ‘kemuncaknya’ di tengah malam ini.
Pada malam ini, ruang angkasa kita akan ‘dihujani’ dengan fenomena hujan meteor tersebut yang dijangka berlaku dari pukul 12 tengah malam ini sehingga 6 pagi esok.
Menurut perkongsian di laman Facebook Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan hari ini, difahamkan kemunculannya boleh dilihat dengan mata kasar menggunakan kaedah yang betul.
Malah dalam masa sama, pancuran meteor Perseid ini dipercayai akan mudah dilihat sekiranya cuaca dalam keadaan baik kerana ia terang dan bersinar.
Memetik laporan terdahulu, fenomena pancuran meteor Perseids ini pernah dirakam pada 12 Ogos 2018 lalu di Felda Lembah Klau, Raub, Pahang.
Kaedah melihat meteor Perseids
- Matikan lampu bagi mengurangkan kadar pencemaran cahaya
- Merakam menggunakan kamera SLR atau telefon pintar yang mempunyai tetapan manual
- ISO: 1600 – 2500
- Aparture: f 1.2 – f 4.5
- Shutter: 15 saat – 30 saat (tetapan manual bergantung kepada tahap pencemaran cahaya)