Siakap Keli
Gambar: Sky Sports

Lepas ‘Sign’ Kontrak Dengan Messi, Paris Saint-Germain ‘Perhatikan’ Pogba

Lepas bekas pemain Barcelona, Lionel Messi, menandatangani kontrak dengan kelab Paris Saint-Germain (PSG), kini giliran Paul Pogba pula ‘diperhatikan’ kelab bola sepak Perancis itu.

Pemain tengah Manchester United (MU) itu bakal tamat kontrak pada hujung tahun ini dan PSG nampak gayanya sangat berminat dengan Pogba.

Pun begitu, jika PSG ada peluang untuk tandatangan kontrak dengan Pogba, mereka terpaksa ‘jual’ atau sewakan 10 pemain sedia ada.

Sebelumnya, PSG membelanjakan £25 juta atau kira-kira sekitar RM146 juta untuk yuran perpindahan Messi ke PSG. Dijangkakan yuran perpindahan Pogba ke PSG bernilai £45 juta atau RM263 juta. Menurut Express UK, yuran perpindahan Pogba ini boleh digunakan MU untuk mengambil dua orang bintang bolasepak lain.

Walaupun bakal tamat kontrak dengan MU dan dibolehkan untuk menandatangani kontrak awal dengan kelab bolasepak luar Januari nanti, Pogba masih tenang dan tak mahu ambil keputusan terburu-buru. Pogba masih fokus dengan penantian musim seterusnya.

Bercakap tentang penyambungan kontrak Pogba, MU menyuarakan kemungkinan Pogba tak akan menandatangani kontrak lain, tambahan pula di usia 28 tahun. Di usia semuda itu, dia tak mahu terburu-buru membuat keputusan untuk masa depan kariernya.

Sumber: Express UKSky Sports

Eyla Azri