Siakap Keli
Gambar: Facebook

Patah Semangat Tak Dapat Sambung Belajar, Adik ‘Luah’ Perasaan Melalui Lukisan ‘Misteri’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Masalah dan cabaran adalah salah satu ‘rukun’ dalam kehidupan manusia. Setiap daripada kita pasti pernah diuji Tuhan. Namun di sebalik ujian ini, perkara yang penting adalah bangkit dan mencari solusi terbaik.

Ada orang meluahkan rasa terpendam kerana dihimpit masalah melalui penulisan di media sosial. Ada juga yang mengekspresikan kekecewaan melalui lukisan di atas kertas. Semuanya bermaksudkan ‘penderitaan’ yang tersirat di hati.

Begitulah seperti yang dikongsikan oleh warga group Facebook LUKIS, Mohd Hairil Haffiz apabila adiknya melukis sebuah lukisan abstrak yang terkandung 1,001 makna. Segalanya dipercayai kerana rasa kecewa.

Mari ikuti perkongsian Hairil dalam LUKIS di bawah ini.

Lukisan pilu, terbungkam kesuraman jiwa di sehelai kertas

Tajuk lukisan: Woman, Blood & Tears
Media: cat acrylic, kertas lukisan saiz A2 200 gsm

Gambar:

Ini adalah hasil catan adik saya yang berumur 18 tahun. Sebelum ini ada saya post lukisan-lukisan dia di group lukis yang lain. Ada cerita di sebalik lukisan ni, tukang lukis je yang tau. Dia takda Facebook, jadi susah sikit untuk share info dalam FB. 

Ini adalah ‘comeback’ dia setelah berbulan-bulan berhenti daripada melukis sebab patah semangat. Permohonan untuk pengajian diploma seni halus ‘direject’ AS**** sebab result SPM tak cantik. Sekarang dia bangkit, ambik SPM ulangan dan teruskan mencuba untuk tahun depan.

Dia selalu cakap, “Adik tak pandai macam orang lain, belajar tak bagus, adik hanya pandai melukis je..”

Mohon doakan semoga adik saya berjaya mencapai cita-cita. Sekarang ni dia cuba-cuba untuk jual lukisan-lukisan yang dia hasilkan. Sambil belajar sambil lukis. InsyaAllah tahun depan lulus SPM, dapat sambung belajar bidang lukisan..

#MainAbstrak
#MelangkahKehadapanBersamaTradisi
#CubaMenjadiPicasso

Apa kata netizen

Perkongsian Haffiz di group LUKIS meraih lebih 1,600 tanda ‘Like’, selain turut dibanjiri dengan ratusan komentar berbaur semangat dan rasa kagum akan nukilan adiknya ini.

Tidak kurang juga, ada netizen yang mentafsirkan lukisan ini kepada berbagai-bagai makna. Boleh dikatakan kebanyakannya berasa ‘deep’ tentang apa yang ingin ‘disampaikan’ melalui sehelai kertas ini.

Jom kita baca komentar-komentar menarik di bawah ini.

Ada netizen berpendapat, lukisan ini mempunyai maksud yang agak tersirat. Mungkin hanya si pelukisnya saja yang lebih tahu.

Ada juga netizen yang turut memberi kata-kata semangat dengan memetik lirik lagu nyanyian ‘rapper’ terkenal, Malique.

Selain itu, ada netizen yang berasa tidak sedap hati apabila melihat lukisan ini. Barangkali pada tafsirannya, si pelukis ini sedang mengekspresikan kekusutan jiwanya melalui lukisan tersebut.

Malah ada yang turut menasihatkannya untuk cuba memohon di kolej komuniti dalam bidang lukisan.

Walau apa pun yang terjadi, sama-samalah kita doakan agar perjalanan dan bakat adik ini terus ‘bercahaya’ hingga dia berjaya mencapai cita-citanya. Amiin.

Sumber: Mohd Hairil Haffiz melalui LUKIS 

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.