Siakap Keli
Gambar: Bernama

Pos Malaysia Akan Tamat Kontrak 262 Ejen Pos Rider Di Lembah Klang

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) —  Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan menjalankan fasa dua pelaksanaan rasionalisasi program khidmat luaran (outsourcing) ‘Pos Rider’ yang melibatkan 262 ejen di Lembah Klang pada 1 September ini.

Pos Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan pasaran pos dan kurier domestik melalui perubahan dengan jumlah mel terus menurun begitu ketara, manakala para pemain e-dagang pula telah mula menawarkan khidmat penghantaran.

“Operasi kami telah dikaji semula dan mendorong kepada keputusan untuk menghentikan skim Pos Rider secara berperingkat,” demikian kenyataan itu.

Bagi menghargai perkhidmatan bekas pekerja Pos Rider, Pos Malaysia akan memberi keutamaan kepada ejen berkenaan untuk khidmat sambilan sekiranya ada peningkatan terhadap permintaan penghantaran bungkusan.

Menurut kenyataan itu, ia dapat memberi manfaat kepada bekas Pos Rider untuk menjana pendapatan tambahan manakala Pos Malaysia mengekalkan kecekapan kos.

Pos Malaysia akan terus meneliti strategi perniagaan, kos dan sumber apabila perlu bagi memastikan daya maju dan kemampanan perniagaan sepanjang pandemik COVID-19 kerana kesan daripada pergerakan yang terhad dan operasi yang terbatas dihadapi oleh kesemua segmen perniagaan.

Program Pos Rider telah diperkenalkan pada tahun 2019 dan berjaya membantu Pos Malaysia menyampaikan lebih banyak bungkusan di seluruh Malaysia.

Pos Malaysia telah melakukan fasa pertama rasionalisasi pada 1 Julai lepas di semua negeri kecuali di Lembah Klang, Sabah dan Sarawak.

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.