Siakap Keli
Gambar: Auto.part.laboratory

(Video) Mungkin Ada Belum Cekap, Dua Kaedah Mudah ‘Side Parking’, Boleh Masuk Depan Dulu Atau Belakang Terus

Boleh dikatakan, kemahiran memandu sukar untuk dipertikaikan terutamanya yang sudah mempunyai lesen memandu. Walau bagaimanapun, ianya sering menjadi masalah sekiranya hendak meletakkan kenderaan di dalam kotak parkir dengan sempurna. Terdapat pelbagai jenis parking antaranya ialah masuk dari hadapan, dari belakang dan juga yang sering menjadi mimpi ngeri buat segelintir pemandu adalah ‘side parking’.

Apa tidaknya, untuk meletakkan kenderaan secara ‘side parking’ memerlukan kemahiran yang tinggi supaya kenderaan berada di dalam kotak dengan sempurna. Namun, jangan risau kerana akaun TikTok AutoParts Laboratory ada menunjukkan cara ‘side parking’ menggunakan dua kaedah.

Kaedah pertama yang dikongsikan adalah untuk memasukan kereta terus dari belakang yang mana sering digunakan oleh kebanyakan pemandu. Bagi kaedah yang kedua pula adalah dengan memasukkan kereta dari depan sebelum keluar sedikit, dan kembali mengundur untuk meletakkan pada sudut yang tepat.

Untuk lebih mudah faham, tonton video di bawah bagi mengetahui kedua-dua cara tersebut.

@auto.parts.laboratory

Long time no see, friends🥰. Do you know these two methods of Parallel parking? #ProjectCar #4u #carsoftiktok

♬ Suns – TikTok Luv.res

Senang kan? Boleh la cuba kedua-dua kaedah selepas ini. Tapi ingat, sentiasa berwaspada ye.

Sumber: @auto.parts.laboratory

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.