Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Bergantung Situasi Pandemik, PRU-15 Akan Diadakan Selewat-lewatnya Akhir Julai 2022- PM

Menerusi ucapan khas yang disiarkan pada petang ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berjanji bahawa Pilihanraya Umum ke-15 akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung bulan Julai tahun depan.

Menurutnya, mandat perlu dipulangkan segera kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang baharu apabila tiba masa yang lebih sesuai.

“Justeru, bergantung kepada situasi pandemik, saya membuat aku janji bahawa Pilihanraya Umum ke-15 akan diadakan selewat-lewatnya penghujung Julai tahun depan,” katanya.

Dalam ucapan khas yang turut dihadiri barisan menteri, beliau telah membentangkan tujuh cadangan berkaitan pelaksanaan Rangka Persefahaman Rentas Parti sekiranya usul undi percaya terhadap Perdana Menteri dapat diluluskan di Parlimen nanti.

Sumber: Bernama Tv

" "