Siakap Keli

Dari Pengupas Bawang Ke Jutawan, Anak Muda Ini Buat Duit RM 8 Juta Dengan Hanya Jual Bertih Jagung

Setiap orang melalui perjalanan hidup yang berbeza. Cantiknya dunia ini, takdir hidup kita semua tidak sama. Ada yang dilahirkan dalam tempayan emas, petik sahaja jari, semua boleh dapat.

Tak kurang juga yang hidupnya sudah tertulis untuk menjadi pejuang sejak kecil. Berjuang untuk hidup dalam dunia yang penuh ranjau dan tak senang, tapi tak sulit untuk orang yang tidak tahu berputus asa.

Bagi seorang anak penyabit kelapa yang hidup dalam serba kesederhanaan sedari awal usia, apakah ada tempat untuk dirinya berjaya di dunia ini? Tak perlu berbicara soal peritnya langkah pertama jika belum sempat melangkah pun, kakinya sudah memijak onak dan duri, apakah dia akan berjaya?

Tidak, dia tidak akan berjaya jika dia tidak mempunyai tekad dan azam untuk memacu hidupnya menuju masa depan yang lebih baik.

Ya, tanpa cita-cita dan azam, Tuan Mohamad Shazarul Ismail, anak muda yang baru berusia 23 tahun ini tidak mungkin menggengam erat apa yang beliau miliki hari ini. Bak kata Soekarno, “Seribu orang tua bisa bermimpi, satu orang pemuda bisa mengubah dunia”.

Hari ini, pengasas perniagaan Eng’s Popcorn ini berjaya mencatatkan jualan tahunan mencecah RM 8 juta. Dengan bertih jagung, dunia orang di sekelilingnya berubah menjadi ‘bercahaya’. Keluarga, adik-beradik, kawan-kawan dan pekerjanya semua memiliki hidup yang lebih baik, lebih daripada yang mereka mimpikan, kerana tekad dan impian anak muda bernama Tuan Shazarul.

Untuk Tuan Shazarul, kisahnya bermula di sini.

Nak sambung belajar tak mampu, tapi hidup tetap kena hidup

Orang kata, dengan pendidikan nasib seseorang itu boleh berubah menjadi lebih baik. Tetapi untuk Tuan Shazarul, ternyata Tuhan ada perancangan lain untuknya, dan benar Tuhan itu sebaik-baik perancang.

Kehilangan ayah di usia yang masih lagi dianggap ‘hijau’ sementara ibunya hanyalah seorang suri rumah, anak kelima daripada lapan orang adik beradik ini terpaksa melupakan keseronokan zaman muda. Selepas habis belajar pada 2016 dan ‘menggantung’ uniform sekolah, beliau ‘menyarung’ t-shirt sebagai budak pasar pula.

Kerjanya mengupas bawang setiap hari di lot kedai milik bapa saudaranya. Ketika itu, Tuan Shazarul menelan hakikat pahit, angan-angan untuk menyambung pengajian ke menara gading sudah pun berkubur.

Seperti anak muda lain yang lahir dalam keluarga yang susah, Tuan Shazarul ketika itu berasa sangat sedih kerana ada banyak impian dalam hidupnya mungkin tidak akan tercapai.

Paling buat hatinya merintih, beliau nak sangat-sangat melihat keluarganya memiliki hidup yang lebih baik.

“Gaji RM 900, apa kesenangan yang boleh aku bagi kat keluarga aku?’’ Tuan Shazarul berbicara pedih dalam hati.

Bertih jagung buat untuk mulut sendiri, bernilai RM 8 juta di mulut orang lain

Nak dijadikan cerita, suatu hari, Tuan Shazarul secara tidak sengaja terlihat mesin popcorn milik kakaknya.

Ketika itu, beliau hanya memasak popcorn hanya untuk dimakan sendiri. Boleh buat kunyah-kunyah ketika berehat dirumah selepas seharian penat membanting tulang di pasar.

“Hmmm, sedap jugak popcorn”, getus hati Tuan Shazarul. Masa tu, beliau masih belum sedar popcorn itu bakal membuka lembaran baru dalam hidupnya.

Hinggalah suatu hari, bau karamel popcorn itu dihidu oleh jiran-jiran sekeliling. Dah ada yang mula bertanya tentang popcorn berkenaan.

“Kau buat nak jual ke Zarul, aku nak beli nih. Sedap bau sampai anak-anak duk tanya”, terpinga-pinga Tuan Shazarul bila diajukan soalan begitu. Tetapi daripada soalan yang sama juga, beliau melihat inilah peluang yang dinanti-nantikan selama ini, bisnes popcorn.

Bermula dari saat itu, dia tak menoleh ke belakang lagi. Bermula dengan hanya jiran-jiran menjadi pelanggan, permintaan terus meningkat. Tak menang tangan dibuatnya melayan pesanan yang masuk setiap hari.

Alhamdulillah, hari ini, Eng’s Popcorn sudah pun memiliki sebuah kilang memproses popcorn dengan 50 orang kakitangan.

Sudah tertulis rezekinya, pada 2020, ketika ramai yang terhimpit dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perniagaannya berjalan lancar dan berjaya mencatat jualan sehingga RM 8 juta.

Nak berjaya kena ada ilmu, tekad sahaja tak cukup

Menurut Tuan Shazarul, perniagaan bukan bergantung 100 peratus kepada tuah semata-mata. Jualan RM 8 juta itu bukan kerana dirinya bertuah. Bisnes bukan satu perkara yang boleh dibuat mudah-mudah. Pencapaian itu kerana dia mempunyai ilmu yang betul dalam menguruskan perniagaan.

Mengimbau kembali perjalanan tersebut. Di awal-awal perniagaannya, beliau sedar beliau bukan seorang yang pandai atau ‘gifted’ dalam perniagaan. Ilmu bisnesnya mungkin bukan kosong kerana pernah membantu perniagaan runcit milik bapa saudaranya, tetapi Tuan Zarul tahu bisnesnya mungkin lingkup jika dia ‘stay’ dengan cara yang sama.

Beliau perlu mencari ‘universiti’ untuk menuntut ilmu perniagaan. Disinilah, dipertemukan dengan RichWork dan menyertai Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK).

Mulanya, beliau hadir hanya sekadar untuk menemani kakaknya yang terlebih dahulu terlibat dalam bidang perniagaan. Dari situ, beliau mula belajar selok-belok perniagaan dengan yang betul.

Paling utama kata Tuan Shazarul, IMKK banyak membuatkannya tersedar tentang kepentingan menjaga hubungan dengan Yang Maha Pencipta. Sifat negatif yang ada dalam diri berjaya dikikis sikit demi sedikit setiap hari. Stigma budak pasar yang tak mungkin boleh berjaya berjaya dibuang, kutukan dan hinaan diambil sebagai kata semangat untuk dirinya berjaya.

“Saya dapat kenal yang kita semua ada potensi untuk berjaya, Alhamdulillah kelas IMKK saya baru kenal Datuk Wira Dr Azizan Osman yang banyak mengubah saya tentang bernilainya kehidupan dan belajar buat apa di tangan.”

Di peringkat awal, jualan yang diraih hanyalah sekitar RM 152 ribu bagi tempoh awal tahun hingga Jun 2018. Selain konsisten dengan IMKK, beliau yang berumur 20 tahun ketika itu memohon untuk memasuk Program Mentoring Titanium di bawah kelolaan langsung Menthor, Datuk Wira Dr Azizan Osman sehingga sekarang.

Selepas menyertai Program IMKK dan Program Mentoring Titanium, beliau kemudian menerapkan semua ilmu yang diperoleh dalam perniagaan dan memiliki kilang sendiri, jualan terus meningkat dan beliau berjaya meraih jualan sehingga RM 8 juta pada 2020.

Eng’s Popcorn, jenama bertih jagung terkemuka Malaysia

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, dari mana datangnya nama Eng’s Popcorn ini. Namanya sangat unik dan bagi orang luar, macam tiada kaitan dengan bertih jagung.

Tetapi tidak bagi Tuan Shazarul, ‘Eng’ adalah lambang cintanya pada keluarga. Eng diambil sempena panggilan moyangnya kepada arwah ayahnya.

 

 

Moyangnya yang berketurunan Cina tidak mahir menyebut nama arwahnya, Ismail. Bagi memudahkan komunikasi, mereka menyebut Ismail sebagai Eng.

Sebagai penghargaan kepada kasih sayang dan keringat yang ditaburkan oleh arwah ayahnya dalam membesarkan mereka sekeluarga lapan beradik, Tuan Shazarul mengabadikan nama Eng sebagai jenama popcorn keluarannya.

“Nama Eng’s Popcorn saya pakai sebagai tanda penghargaan buat ayah saya, ketika dia hidup saya tak dapat balas jasa dia”, kata Tuan Shazarul.

Hari ini, Eng’s Popcorn berjaya menjadi salah satu jenama popcorn terkemuka tanah air yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia.

Rezeki untuk lebih 1,500 ejen

Eng’s Popcorn bukan sahaja rahmat buat Tuan Shazarul, ternyata ia juga menjadi punca rezeki buat 1,500 ejen dibawahnya.

Dari sekadar popcorn hanya untuk dimakan sendiri, Eng’s Popcorn berkembang menjadi lubuk rezeki untuk orang lain.

Di bawah adalah sebahagian daripada deretan pengedar, stokis dan ejen Eng’s Popcorn yang berjaya membuat jualan mencecah 7 angka.

Semoga kisah seorang anak penyabit kelapa yang lahir dalam keluarga sederhana, kematian ayah dan tidak dapat menyambung pelajaran, membanting tulang membantu keluarga dengan menjadi budak pasar, tetapi tidak pernah sekalipun berputus asa dengan hidupnya ini menjadi penguat semangat untuk orang lain berjaya.

Hari ini, Tuan Shazarul pada usia 23 tahun sudah memiliki perniagaan dengan jualan mencecah RM 8 juta dan memandu jentera idaman Mercedes Sport Model GLA 45 AMG anak muda. Aset lain tak usah cakap la. Tapi yang paling pentingnya, anda juga boleh berjaya jika mempunyai impian dan ilmu yang betul.

Anda juga boleh menjadi sebahagian daripada keluarga besar Eng’s Popcorn, layari laman facebook Eng’s Popcorn untuk maklumat lanjut. Teringin nak menikmati rasa popcorn premium daripada jenama bertih jagung terkemuka tanah air? Dapatkan Eng’s Popcorn disini.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.