Selama ini, rata-rata rakyat Malaysia pasti tidak sedar bahawa ada beberapa produk yang digunakan sebenarnya bukan berasal dari luar negara tetapi merupakan jenama tempatan.
Mungkin disebabkan namanya yang agak ‘international’, ramai yang menyangka bahawa ia dari luar negara.
Percaya atau tidak, ada sesetengah jenama tersebut yang juga telah dieksport ke luar negara sejak sekian lama dan mendapat sambutan yang baik.
Menerusi perkongsian Fezza Hussin di laman Twitter, dia menyenaraikan lima jenama Malaysia yang selama ini disalah anggap sebagai jenama luar negara.
Tak usah tunggu lagi, mari kita ‘selidiki’ perkongsiannya di bawah ini.
5 Malaysian brand yang kebanyakan orang sangka brand luar negara.
(thread)
— Fezza Hussin (@FezzaHussin) August 11, 2021
1. Life
Sos cili yang selalu kita makan dekat KFC ni adalah local brand tau. Established since 1978 and produce more than 26 juta botol setahun!
Selain Malaysia, sos ni dieksport ke US, UK, France, Australia, New Zealand, Japan, Hong Kong, Mauritius, Maldives, dan banyak lagi.
Antara interesting fact pasal Life ni, 40% of the total production adalah untuk KFC & Pizza Hut saja. Gila banyak kan.
Sekarang, Life dah dibawah QSR Brand. QSR ni adalah parent company KFC, Pizza Hut dan beberapa jenama lain dkt Malaysia.
Nice en.

2. Munchy’s
Okay ni pun orang selalu ingat dari luar negara. Kalau tanya orang kat luar, macam2 jawapan akan sebut. Haha.
Tapi tahu tak hq dia kat mana?
Chisel Stone. Gempak en?
Batu Pahat weh. Hahahhaa
Interesting facts about this brand, selain Malaysia, Munchy’s ni dieksport ke lebih 60 negara tau.
Maksudnya, hampir suku dunia ni ada Munchy’s. Senang betul nak cari biskut kering kalau pergi luar negara. Yang susah nak cari, Maggi Kari. Hahaha

3. Old Town
Old Town bawah ni adalah outlet Old Town dekat Aussie. Yes mate.
Tapi sebenarnya brand ni berasal dari Malaysia.
Interesting fact about Old Town, inspired by Ipoh White Coffee. Adui sedapnya weh terbayang kopi dia. Hahah
Selain Malaysia, jenama Old Town ni ada dekat beberapa buah negara macam Phillippines, Taiwan, Hong Kong, Shenzhen, Shanghai, Beijing, UK, Canada, USA, Australia, New Zealand & byak lagi.
Tapi tahun 2017, Old Town telah diambil alih oleh Jacobs Douwe Egberts. Sykt dr Belanda.

4. Beryl’s
Siapa yang hantu coklat memang tahu lah brand ni. Sedap weh coklat dia. Yg rajin baking pun mesti familiar.
And yes, Beryl’s ni berasal dari Malaysia.
Interesting fact about Beryl’s?
Hmmm. Kilang dia dekat Seri Kembangan kita boleh visit tau. Saya tak ingat lah ada apa, tapi yang penting ada fresh macaroon sedap gila kat sana. Hahaha

5. Secret Recipe
First Secret Recipe outlet dekat dunia (gempak en) dibuka dekat Petaling Jaya tahun 1997.
Hari ini, revenue Secret Recipe hampir mencecah 800 juta. Ya weh, jual kek pun boleh kaya. Hahahah

Sumber: Fezza Hussin