Siakap Keli

Pesakit Covid-19 ‘Ditidurkan’, Doktor Beri Penjelasan Kenapa Dan Bagaimana Kaedah Ini Dilakukan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Peningkatan kes covid sejak akhir-akhir ini semakin membimbangkan. Apa yang lebih menakutkan apabila pesakit yang dijangkiti pada tahap kritikal perlu ‘ditidurkan’ bagi menyelamatkan nyawa mereka.

Namun, timbul persepsi dan salah tanggapan mengenai istilah ‘ditidurkan’ dalam kalangan orang ramai di mana dikatakan menjadi punca kematian, sekaligus menimbukan kebimbangan kepada ramai.

Oleh itu, Dr Faruq Zulkafli yang berpengalaman dalam proses intubasi tampil memberi penjelasan secara terperinci sebab mengapa intubasi diperlukan kepada pesakit Covid-19 tahap kritikal. Ikuti perkongsiannya di bawah.

Ditidurkan? Apa itu? Kenapa ditidurkan dan apa yang anda kena faham?

Kes contoh : Lelaki 45 tahun, tiada masalah kesihatan terdahulu. Tiada asthma. Positive covid D4. Kuarantin di rumah. Pergi kecemasan dengan keadaan tercungap-cungap sebab sesak nafas dan kepenatan selepas 4 hari dirumah. Oxygen ( 88- 90%) Kadar pernafasan 30 kali seminit.

Darah nadi (Arterial blood gases, ABG)

Partial o2 65%, Saturation o2 88%, Lactate 5, Hco3 18

Jadi apa yang anda faham dari info di atas?

1) Oksigen tak cukup (sepatutnya 96% keatas).

Bacaan di Pulse oximetry tidak setepat ABG tapi boleh digunakan dan diterima sebagai saringan awal.

2) Kadar pernafasan manusia adult normal sptutnya 16-20 seminit.

Kenapa laju? Sbb reflex oxygen kurang, otak bertindak untuk compensate dengan lajukan pernafasan. Side effect? Badan dan paru-paru akan letih. Nafas laju menyebabkan pertukaran oxygen tak efficient. Co2 washout.

Apa jadi selepas tu?

PH tak balance. Sebab carbon dioxide terlampau banyak keluar. PCO2 keluar banyak menyebabkan HCo3 kena compensate. Makin turun bacaan. Single digit. Lagi tak balance electrolyte.

Lepas tu apa jadi?

Anda ingat badan manusia akan tenang dalam keadaan begini? Dalam situasi ini dipanggil “Pending respiratory collapse” dah ni.

Eh tapi tak ada ke option lain. Kenapa nak intubate terus?

Okay la. Ada option. Tapi doktor always akan rekomen yang terbaik. Tapi kalu nak yang biasa juga?

Nasal Prong?

Kalau oxygen masih tak memuaskan? – Facemask 5liter

Kalau tak cukup? Ok venturi mask up to 60%.

Kalau tak okay lagi? High flow mask 15 liter.

Kalau masih tak cukup untuk revert back keadaan ada satu lagi option. Iaitu NIV non invasive ventilation Continuous pap dan bipap.

Tapi macam mana nak tahu oxygen tu cukup ke tak?

Kalau dah stage oksigen supplementation macam ni. Oximeter jari tu dah tak accurate. Semua based on ABG dah.

Mana nak dapat? – Darah nadi/arterial blood gases.

Sakit? Ha’ah mmg sakit! Sebab apa sakit? Hari tu ambik darah tak sakit pon.

Sebab artery ada nerve ending di sekitar lapisan dia. Vein tak ada! Vein collapsible. Nipis lapisan. Sebab tu branula insert senang saja di vein dan collapsible bile tekan.

Artery tak? why? Sebab artery wall tebal untuk accomodate oxygenated blood yang high pressure (From heart/jantung).

Sebab tu mak ayah kakak yang penah masuk wad cakap perit darah di nadi! Tapi itu je bacaan tepat. Lepastu sekiranya NIV ni tak berkesan? Apa option lagi yang doktor ada? Kalau dah pesakit tak leh tolerate, restless. Bipap modes tak leh follow. Continous Pap modes lagi lah! Oxygen tak kan cukup dah.

Gambar sekadar hiasan via AARC.org

So inilah part di mana intubasi diperlukan. Ditidurkan?

Ya. Akan ditidurkan dengan ubat tidur (Sedative) dan disebabkan paru-paru tadi penat (Laju nafas) fungsi paru-paru dihentikan untuk diberikan kepada mesin supaya dapat rehat dan mesin membantu. Inilah dimana anesthesia memain peranan.

Kenapa mati? Kenapa semua intubate tak bangun balik?

Siapa cakap semua tak bangun. Semua yang buat operation besar-besar semua intubated. ELECTIVELY INTUBATE dan sedar je.

Cuma dalam isu Covid, paru-paru sangat la teruk. Fungsi paru-paru langsung tak dapat support untuk masuk oksigen. Even dengan bantuan mesin!

Jadi kesudahannya, bantuan yang diberikan doktor melalui mesin pon sudah tak dapat ditampung maka keadaan makin teruk.

Untuk pengetahuan semua, kalau tak tidurkan jangka hayat pesakit makin singkat. Jadi bantuan diberi adalah untuk sokong dan extend lagi hayat nyawa. Sebab itulah intubasi dilakukan.

Bukannya pilih untuk “mematikan” sebagaimana yang diclaim oleh orang yang tak faham apa itu intubasi. Saya bosan tengok komen mengatakan intubasi dibuat untuk membunuh. Sudahlah anda tidak tahu, menambah lagi menghasut orang untuk mengeji kerja-kerja  menyelamatkan orang ini.

Itu adalah contoh dan maybe tidak lengkap. Sekiranya ada persoalan boleh DM saya untuk penerangan. Sekurang -kurangnya lega lah saya dapat explain apa tu intubasi.

Dr Faruq, Juru – intubasi di unit kecemasan suatu ketika dulu.

Ramai warganet turut berkongsi pengalaman mereka sendiri, keluarga dan kenalan apabila terpaksa ‘ditidurkan’ bagi menyelamatkan nyawa. Dengan kuasa Tuhan, mereka semua selamat daripada jangkitan Covid-19  dan sihat seperti sedia kala.

“Doktor dan nurse pun bersyukur that she made it…”

“Atuk saudara saya salah seorang dari yang ditidurkan dan asbab ditidurkan dia mampu pulih kembali…”

“Saya pernah dikomakan. Sudah selamat bersalinkan bayi perempuan…”

Sumber: Twitter Faruq Zulkafli

Annur Syahirah

" "