Siakap Keli
Gambar Via CNN

Terkedu Tengok Pingatnya Digigit Datuk Bandar, Penganjur Olimpik Ganti Semula Pingat Emas Atlet Jepun Ini

Aksi menggigit pingat yang dimenangi di temasya sukan Olimpik sememangnya sudah menjadi kebiasaan bagi setiap atlet.

Pun begitu, aksi tersebut baru-baru ini telah mendapat kecaman di Jepun. Manakan tidak, yang menggigit pingat emas tersebut adalah Datuk Bandar Nagoya, Takashi Kawamura.

Difahamkan, Takashi telah menggigit pingat emas milik atlet sofbol, Miu Goto tanpa kebenaran dalam satu acara yang disiarkan secara langsung di televisyen, minggu lalu.

Dia dilihat telah membuka pelitup muka dan tiba-tiba menggigit pingat itu. Tindakannya itu mengejutkan orang ramai dan mereka mengganggap bahawa Datuk Bandar itu tidak sopan dan tidak menjaga kebersihan walaupun kes COVID-19 sedang meningkat di negara itu.

Seorang pegawai dari Dewan Bandaraya Nagoya telah memberitahu kepada CNN bahawa mereka telah menerima lebih dari 8,000 aduan mengenai tingkah laku Takashi. Selain itu, ada di antara mereka yang menggesa agar Takashi meletak jawatan.

Gambar Via CNN

Sementara itu, penganjur Olimpik Tokyo 2020 dalam satu kenyataan pada Khamis mengatakan bahawa mereka akan menggantikan pingat tersebut dan menanggung kos pertukaran.

“Dengan sokongan dari Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, pingat emas Goto akan ditukar dengan yang baharu,” kata mereka.

Dalam pada itu, Takashi dilaporkan telah membuat permohonan maaf dalam sidang media pada Khamis dan menyatakan penyesalan kerana ‘merosakkan’ pingat emas itu. Dia juga menawarkan untuk membayar pingat ganti dengan menggunakan wangnya sendiri.

Tambahnya, dia juga sudah memohon maaf kepada Goto dan Japan Sotfball Association menerusi surat bertulis.

Goto dan pasukannya telah memenangi pingat emas itu setelah mengalahkan pasukan dari Amerika Syarikat dengan mata 2-0 pada 27 Julai yang lalu.

Sumber: CNN

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.