Siakap Keli
Gambar: Bernama TV

TERKINI: Saya Perlukan Sokongan Semua Pihak Untuk Bawa Negara Keluar Dari Krisis- PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa beliau memerlukan sokongan semua pihak untuk membolehkan beliau melaksanakan tanggungjawab bagi membawa negara keluar daripada krisis yang sedang melanda negara ketika ini.

Beliau berkata demikian dalam Ucapan Khas Perdana Menteri yang disiarkan di portal berita BERNAMA.

Justeru katanya, PN telah mencapai kata sepakat untuk berunding dengan pimpinan-pimpinan parti diluar PN untuk meluluskan usul undi percaya kepada Perdana Menteri yang akan dibentangkan di Parlimen nanti.

Ia bagi membolehkan kerajaan semasa terus berfungsi menguruskan pandemik sehingga tiba masa yang sesuai untuk mengadakan pilihanraya dan mengembalikan mandat undi kepada rakyat.

Menurutnya, usul undi percaya tersebut hanya boleh diluluskan dengan sokongan bipartisan di Dewan Rakyat.

Sekiranya Kerajaan berjaya mendapatkan sokongan bi-partisan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang melebihi majoriti dua pertiga, antara cadangan yang akan dilaksanakan adalah usul Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan untuk menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja dan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen.

Sumber: Bernama TV

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.