Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail/Sportbible

Khabib Tukar Karier Ke Bola Sepak, “Sign” Kontrak Dengan Kelab Divisyen Ketiga Rusia

Impian Khabib Nurmagomedov untuk terlibat dalam bola sepak tercapai apabila dia dilaporkan telah menandatangani kontrak bersama pasukan divisyen ketiga Rusia, FC Legion Dynamo.

Legenda MMA itu telah menyatakan minatnya untuk memasuki dunia bola sepak sejak bersara tahun lalu.

Menurut Daily Mail, kelab itu telah mengumumkan mengenai kontrak bersama Khabib dalam satu kenyataan di media sosial dengan memuatnaik gambar Khabib yang berjabat tangan dengan seorang pegawai kelab itu.

Gambar Via Daily Mail

“Kami memerlukan pahlawan yang hebat untuk menghadapi ‘pertempuran’ yang menanti tidak lama lagi. Kami bersiap sedia untuk menerima pasukan RPL bersama Khabib Nurmagomedov,” kata kelab itu.

Khabib yang juga merupakan rakan baik kepada Cristiano Ronaldo pernah mengatakan bahawa dia lebih suka menonton bola sepak berbanding MMA dan sering memuatnaik gambar-gambar yang menunjukkannya sedang berlatih bola sepak.

Bagaimanapun, masih belum diketahui bila dia akan mula beraksi dengan pasukan tersebut, lapor The Sun.

Khabib telah bersara pada bulan Oktober tahun lalu setelah kehilangan bapanya, Abdulmanap, yang meninggal dunia di usia 57 tahun.

Sumber: The Sun, Daily Mail

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.