Beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh pelakon terkenal, Izara Aishah di laman Instagram (IG) milikya pada malam tadi, ternyata mencuri perhatian ramai.
Menerusi gambar ‘selfie’ yang dirakam, Izara tampil manis mengenakan tudung labuh, di samping memakai busana muslimah berlengan panjang berwarna pastel.
Foto yang dimuat naik itu meraih lebih 275,000 tanda ‘Likes’ daripada kalangan peminatnya (setakat ini), bagaimanapun ruangan komentar telah ditutup terlebih dahulu.
Pelakon itu juga tidak meninggalkan sebarang kapsyen pada foto yang dimuat naik sekaligus menimbulkan teka-teki netizen.




Malah, Izara atau nama lengkapnya, Nik Izara Aishah Nik Izazurin juga dilihat telah bertindak memadam semua gambar-gambar lamanya yang tidak bertudung di ruangan IG.
Rata-rata pengguna Twitter mula berkongsi mengenai ‘penghijrahan’ yang dilakukan oleh isteri kepada anak tiri penyanyi popular Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid.
Saya doakan awak istiqamah..
OMG !!! SUPER EXCITED 😭 Izara started wearing a hijab? All your photos on Instagram are deleted. If tur, I pray for izara istiqomah in hijab. Ameen 🤲 @IzaraAishah pic.twitter.com/Uav1tOYzdC
— aiman hakim (@aimanhakim_azmi) August 13, 2021
alhamdulillah izara aishah just starting wearing hijab and she deleted all the picture on instagram 😭🤎🤎 i will pray for you to istiqomah in hijab 🥺❤️ pic.twitter.com/qC78mFUm9c
— mia 🕊 (@miakhrnnsa) August 13, 2021
izara aishah just……wow😳 pic.twitter.com/sKv7jP5k0y
— ♡ ︎🏴 (@0sss7s) August 13, 2021
Omg izara aishah really padam all photos of her without hijab and posted this recently 🥺❤️ I am so happy for her. What a queen ✨✨✨ pic.twitter.com/xYSi0wdBLv
— Hanisah Rahman 🏴 (@nharyl) August 13, 2021
Sementara itu di Twitter pula, Izara menulis satu ciapan ringkas yang berbunyi, “Kongsi foto khimar yang patut saya beli. Terima kasih. Dan terima kasih kepada anda semua atas doanya,”
Share photos of khimars I should buy from. Thank you.♥️ and thanks for all your doas 💕
— Madame Izara (@IzaraAishah) August 13, 2021
Sumber: Instagram Izara Aishah / Twitter