Satu permainan yang dikenali sebagai Popcat telah menjadi tular dan kini trending di laman sosial media.
Permainan klik itu hanya memerlukan anda untuk klik sahaja pada gambar kucing yang terdapat di laman web itu seberapa banyak yang mungkin.
Kesemua jumlah klik anda itu akan dikira sebagai ‘point’ untuk disumbangkan kepada negara yang menyertai.
Untuk bermainnya, peserta hanya perlu berkunjung ke laman sesawang popcat.click sahaja dan kemudian tekan apa-apa butang yang terdapat pada telefon bimbit mahu pun komputer anda untuk mula bermain dan menyumbangkan mata.
Melihat kepada laman sesawang itu, terdapat sebanyak 203 buah negara yang didaftarkan menyertai permainan tersebut.
Negara Malaysia kini sedang berada di tangga kedua dengan mengumpul mata sebanyak lebih 13 bilion.
Sehingga kini, negara Taiwan masih lagi utuh berada di kedudukan pertama dengan mengumpul sebanyak lebih 47 bilion mata.
Bagi semua rakyat Malaysia, ayuhlah kita berganding bahu mengejar kedudukan Taiwan ini. Malaysia Boleh!
Sumber: popcat.click