Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan/Bernama

TERKINI: 20,670 Kes Positif Dilaporkan Hari Ini, Perlis Terus Meningkat Ke Angka 61 Kes

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 20,670 kes Covid-19 positif pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara meningkat kepada 1,384,353 kes setakat Sabtu (14 Ogos).

Berdasarkan statistik KKM, Selangor mencatatkan angka harian tertinggi empat angka dengan 6,606 kes, diikuti WP Kuala Lumpur dengan 2,208 kes, Kedah 1,796 kes, Sabah 1,752 kes, Johor 1,425, Kelantan 1,370 kes, Pulau Pinang 1,251 kes, Perak 1,003 dan lain-lain lagi.

Perlis dan WP Putrajaya merekodkan kes dua angka dengan masing-masing mencatatkan 51 dan 61 kes baharu. Manakala, WP Labuan menjadi satu-satunya kawasan tidak mencatatkan sebarang kes hari ini.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.