Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di seluruh negara sehingga jam 5 petang ini. Maklumat yang dikeluarkan pada 1.25 petang tadi menunjukkan terdapat beberapa kawasan yang bakal dilanda amaran ribut petir dan hujan lebat.
Ekoran daripada itu, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati terutamanya di kawasan yang dijangka terlibat.
Berikut adalah kawasan dan wilayah yang dijangka terlibat menurut agensi berkenaan:
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai)
Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang)
Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Maran, Kuantan dan Rompin)
Selangor
WP Kuala Lumpur
WP Putrajaya
Negeri Sembilan
Melaka
Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Kota Tinggi)
Sarawak: Kuching (Bau dan Lundu)
Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan)
#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/tWw6Rn2D3t
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) August 15, 2021
Sumber: MetMalaysia