Siakap Keli
Gambar: Bloomberg & Britannica

Cucu Lagenda ‘Boxing’ Muhamammad Ali Ikut Jejak Datuk, Menang Perlawanan Profesional Pertama

Selepas 55 tahun lagenda tinju dunia, Muhammad Ali, memasuki gelanggang perlawanan pertamanya, legasi beliau kini diteruskan pula oleh cucunya yang tak kurang hebat.

Nico Ali Walsh membuktikan kehebatan legasi Muhammad Ali setelah berjaya meraih kemenangan pertama dalam debut profesionalnya semalam. Ali Walsh menang mudah selepas menumpaskan lawannya, Jordan Weeks, 70 saat setelah perlawanan dimulai.

Ali Walsh yang kini baru berusia 21 tahun merupakan anak lelaki Rasheda Ali, anak kedua kepada petinju tersohor, Muhammad Ali.

Tak hanya bergelar petinju profesional, Ali Walsh juga sedang mengikuti pengajiannya dalam bidang bisnes di peringkat ijazah.

Semasa perlawanan kelas pertengahan pertamanya itu, Ali Walsh turut dilihat mengenakan seluar tinju putih pemberian datuknya.

“Saya sering fikirkan beliau, dan sangat merinduinya.

“Untuk kebanyakan orang, beliau adalah petinju paling hebat di dunia, dan mungkin satu nama yang besar juga.

“Tapi bagi saya, beliau hanya datuk saya, datuk yang paling hebat!” kata Ali Walsh selepas dinobatkan juara buat kali pertama.

Bintang tinju dunia, Muhammad Ali bersara dari dunia tinju pada tahun 1981, dengan rekod profesional 56 kemenangan dan hanya lima kali kekalahan.

Muhammad Ali turut diberi kehormatan sebagai pemegang obor di kejohanan Olimpik Atlanta 1996 dan meninggal dunia pada 2016, selepas 32 tahun melawan penyakit Parkinson.

Sumber: BBC, Sky Sports

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.