MYDIN Aman Central, Kedah bakal menghentikan operasi pada 15 Ogos, hari ini. Berita itu dimaklumkan sendiri di laman rasmi MYDIN Malaysia beberapa jam lalu.
“Kepada pelanggan yang dihargai, MYDIN Aman Central, Kedah akan menamatkan operasinya pada 15 Ogos 2021. Terima kasih atas sokongan anda kepada kami selama ini,” tulis laman itu.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi talian khidmat pelanggan MYDIN di 1-300-30-8786.
Sumber: MYDIN Malaysia