Perdana Menteri mengumumkan kemudahan terbaru dalam sektor ekonomi bagi kumpulan yang telah mendapatkan vaksinasi lengkap hari ini.
Menurut kenyataan rasmi PM, kemudahan itu terpakai kepada semua fasa PPN dengan syarat tertentu, iaitu kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di negeri terlibat perlulah mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus. Sementara itu, individu yang ingin memanfaatkan kemudahan itu juga perlu menerima vaksinasi lengkap, katanya.
Sejumlah 11 aktiviti ekonomi termasuk kedai gunting rambut dan cuci kereta dibenarkan kembali beroperasi dalam Fasa 1 mulai 16 Ogos, 2021 – PM @MuhyiddinYassin pic.twitter.com/yriYQfZJ5U
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 15, 2021
Berikut adalah sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi bagi negeri Fasa 1, berkuatkuasa 16 Ogos ini:
- Kedai cuci kereta
- Kedai elektrik dan elektronik
- Kedai barangan rumah dan peralatan dapur
- Kedai perabot
- Kedai peralatan sukan
- Kedai aksesori kereta
- Pusat pengedaran dan jualan kereta
- Pasar pagi dan pasar tani sahaja
- Kedai pakaian, fesyen dan aksesori
- Kedai barang kemas
- Kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (Perkhidmatan gunting rambut asas sahaja)
Pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini juga perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.
Sumber: Muhyiddin Yassin