Berkuatkuasa 16 Ogos, kerajaan bersetuju membenarkan beberapa lagi aktiviti ekonomi beroperasi dalam negeri-negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Perdana Menteri.
Tambah kenyataan itu, pemilik perlu memastikan pelanggan menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 sebelum memasuki premis.
- Kedai barang fotografi dan perkhidmatan fotografi
- Kedai barangan terpakai
- Kedai bunga dan nurseri
- Kedai kraftangan dan cenderahati
- Kedai antik
- Kedai alat permainan
- Kedai permaidani
- Kedai kandungan kreatif dan peralatan industri kreatif
- Kedai peralatan outdoor
- Kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi
- Kedai tembakau


Sumber: Muhyiddin Yassin