Siakap Keli
Gambar: CGTN

(Video) Berani, Penyelam Jumpa ‘Anaconda’ Gergasi Di Dasar Sungai, Ini Yang Haiwan Itu Buat Bila Didekati

Dua penyelam di Brazil berjaya mendekati seekor anakonda gergasi berukuran sekitar 7 meter pada jarak dekat, lapor The Info.

Menurut portal itu, Bartolomeo dan Juca Yagarape sedang menyelam di sungai Formoso di Amazon, Brazil sebelum menemui reptilia seberat 90 kg berwarna oren itu.

Menerusi video dikongsikan, kelihatan ular itu sedang berada di dasar sungai. Ia kemudiannya terlihat kamera dan mendekati peranti itu serta mengeluarkan lidahnya. Haiwan itu kemudiannya beredar pergi, namun diekori Bove yang ingin mendapatkan lebih banyak rakaman reptilia tersebut.

Jelas Bove, anakonda sering digambarkan sebagai haiwan yang agresif, namun rakaman itu menunjukkan ia tidak seganas yang dibayangkan, tulis portal itu.

“Seperti dalam rakaman, anakonda itu berenang dalam keadaan tenang, seakan tidak kisah dengan kehadiran kami. Kadang-kadang ia datang dekat, ingin tahu dengan kamera dan menjilat lensa,” katanya.

“Sikap ini membongkarkan mitos anakonda adalah makhluk yang agresif dan kejam yang boleh membahayakan nyawa manusia,” tambahnya seperti dipetik The Info.

Anakonda berwarna hijau merupakan spesies ular terbesar di dalam dunia dan boleh membesar sehingga 9 meter dengan berat boleh mencecah 250 kg. Reptilia ini dipercayai dapat bergerak pantas, membunuh mangsa dengan menyekat pernafasan dan membelit tubuh mereka.

Reptilia ini juga dipercayai boleh menelan mangsa yang lebih besar berikutan kemampuan mereka untuk nganga dengan luas dengan ‘membuka’ rahang sendiri.

Sumber: The Info, CGTN

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.