Siakap Keli
Gambar: romelolukaku

(Video) Lukaku ‘Selit’ Aksi Berdepan Farizal Marlias Dalam Video Pengenalan Pulang Ke Chelsea

Umum telah mengetahui bahawa pemain bintang pasukan bola sepak yang berasal daripada Belgium bernama Romelo Lukaku telah sah akan beraksi sebagai penyerang buat kelab bola sepak Chelsea pada musim baharu Liga Perdana Inggeris.

Menjengah ke akaun Instagram rasmi miliknya, beliau ada berkongsikan satu video pengenalan berkenaan kepulangannya semula ke kelab Chelsea.

Apa yang menarik berkenaan video tersebut adalah, terdapat wajah penjaga gol Malaysia iaitu Farizal Marlias yang turut diselitkan dalam video itu.

Video yang berdurasi selama 1 minit itu memaparkan dirinya sewaktu diawal karier mewakili Chelsea menjaringkan gol dengan pasukan lawan.

Jika dilihat, terdapat wajah Farizal Marlias turut terselit dalam video tersebut.

Dipercayai babak yang memaparkan wajah Farizal Marlias itu diambil daripada perlawanan persahabatan di antara pasukan Chelsea dan pasukan Malaysia suatu ketika dahulu.

Video yang dimuat naik di akaun Instagram milik Romelo Lukaku yang mempunyai seramai 7.6 juta pengikut itu telah ditonton lebih 3 juta kali.

Romelo Lukaku bakal menguatkan jentera serangan pasukan Chelsea selepas mengikat kontrak baharu yang memecahkan rekod perpindahan tertinggi pernah dibuat kelab itu bernilai £97 juta (RM567 juta) dari Inter Milan.

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Romelu Lukaku (@romelulukaku)

 

Sumber: romelolukaku

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.