Satu lagi kisah seram mengenai pengalaman sepanjang perkhidmatannya sebagai pegawai polis sangat menakutkan dikongsikan di laman Tiktoknya menaikkan bulu-bulu roma pengguna Tiktok.
Kisah menyeramkan itu dikongsikan oleh seorang anggota polis yang dikenali sebagai Adam Ziyad yang ditugaskan menjaga sel tahanan. Kisah ini dicerita oleh salah seorang tahanan di penjara tersebut kepadanya.
Katanya dalam video tersebut, tahanan ini ternampak lembaga tersebut selepas dia terjaga dari lena. Dalam keadaan mata berkabur, jelas ternampak susuk ‘misteri’ yang berdiri di hadapan pintu selnya.
“Dia nampak seorang anggota polis pakai full uniform tapi tak ada kepala, betul-betul berdiri dekat pintu sel dia tu…”
Tambahnya lagi, kejadian ini bukan kali pertama orang di dalam penjara tersebut ternampak lembaga tersebut bahkan sudah berlaku banyak kali.
@bapaknsuamiorang2 Reply to @faaris_salihin Tulah kisahnyaaa
♬ Creepy, scary, horror, synth, tension – Sound Production Gin
Sumber: Adam Ziyad