Siakap Keli

(Video) Ngeri, Dipercayai Hilang Kawalan, Lelaki Maut MPV Rempuh Tembok Plaza Tol Kubang Semang

Seorang lelaki maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya merempuh pondok plaza tol di Kubang Semang, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 1.02 petang sebelum bergegas ke lokasi kemalangan.

Tambahnya lagi, setibanya sepasukan anggota di lokasi tersebut mendapati kemalangan tersebut membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Avanza yang melanggar tembok pondok tol.

“Terdapat seorang mangsa lelaki yang belum dikenalpasti identitinya yang tersepit dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya lagi pada pemberita.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan melanggar tembok batu plaza tol terbabit.

Justeru itu, pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut turut berkongsi video kejadian dan keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Sumber: Utusan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.