Siakap Keli

5 Sebab Anda Patut Beli Hartanah Township Ni Di Sendayan, No. #3 Paling ‘Power’ Sebab ‘Back-up Besar’?

Bila ada yang cakap, “Aku nak cari rumah kat area Seremban la. Nak try duduk sana.”

Mesti orang yang dengar tanpa berfikir panjang dengan sedikit skeptikal melontarkan,

“Jauh gila Seremban! Tak nak jauh lagi ke? Tempat jin bertendang?”

Orang yang tak tahu atau tak ‘familiar’ mesti menganggap lokasi ini sebagai lokasi terpencil, dan sunyi. Tapi, ramai yang tak tahu bahawa kawasan ini, khususnya Bandar Sri Sendayan ada banyak potensi.

Sebelum korang jadi salah sorang yang suka ‘labelkan’ tempat tu tempat jin bertendang, korang cuba hadam perkongsian ini dulu.

“Apa bestnya Bandar Sri Sendayan, Seremban ni?”

Bandar Sri Sendayan yang dibangunkan oleh pemaju perumahan terkenal, Matrix Concept berubah menjadi sebuah bandar township dengan pembangunan terancang serta kemudahan infrastruktur moden persis di bandar-bandar besar di Lembah Klang.

Hari ini sebanyak 9,810 perumahan dalam bandar township ini telah dibina di Bandar Sri Sendayan dengan populasi penduduk yang semakin berkembang dari sehari ke sehari.

Apa tu township?

Banyak kediaman mewah di Lembah Klang seperti di Mont’ Kiara, Bukit Damansara, KL Sentral dan Old Klang Road dibangunkan berkonsepkan township yang mengubah kawasan itu daripada kurang terkenal dan tidak berpopulasi sehingga menjadi sebuah kawasan kompleks merangkumi kepadatan penduduk dan kelengkapan fasiliti terbaik.

Kejiranan diatas antara contoh projek township yang ‘berjaya’ kerana mempunyai segala elemen yang perlu ada di setiap kejiranan dan dikatakan pembelian hartanah township juga merupakan pelaburan terbaik kerana nilai hartanahnya bakal ‘mencanak’ di masa akan datang.

“Tapi, dalam banyak-banyak tempat, kenapa Bandar Sri Sendayan?”

#1 Lokasi perumahan dengan konsep moden ‘ngam’ untuk nak besarkan keluarga atau ingin memulakan hidup berkeluarga

Untuk yang tak tahu, kawasan ini merupakan sebahagian daripada kawasan Greater Kuala Lumpur dan bersempadan dengan Selangor di bahagian utara, Pahang di bahagian Timur dan Melaka di bahagian selatan.

Bagi yang bekerja di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, KLIA, Dengkil dan Bangi perjalanan hanya mengambil masa sekitar 30 hingga 40 minit dengan kelebihan akesesibiliti seperti KLIA Linkage, Lebuhraya Utara – Selatan, dan Lebuhraya Seremban – Port Dickson.

Selain itu, bandar ini mempunyai lebih lima (5) buah sekolah kerajaan dan tiga (3) buah kolej dengan rangkaian pusat membeli-belah moden seperti AEON Shopping Complex dengan keluasan lebih 600, 000 kaki persegi dan Mydin Hypermarket berkeluasan lebih 900, 000 kaki persegi yang pastinya menjadi antara elemen penting di sesebuah bandar, iaitu, pusat perniagaan.

Sekolah dan kolej

  • Matrix Global Schools
  • SJK C Bandar Sri Sendayan
  • SMK Bandar Baru Seri Sendayan
  • SMK (Felda) Seri Sendayan (2km)
  • SJK T Bandar Sri Sendayan (4km)
  • SJK C Tung Hua S2 Heights (7km)
  • Nilai University (24km)
  • INTI International University (25km)

Pusat perniagaan dan komersial

  • Mydin Hypermarket Seremban 2 (8km)
  • AEON Seremban 2 (9km)
  • Tesco Extra Seremban 2 & NSK Trade City Seremban (11km)
  • Palm Mall (12km)

#2 Harga rumah dengan harga masih mampu milik & pelaburan terbaik

Kalau yang dalam fasa mencari-cari hartanah dikawasan ini pasti tahu betul dengan harga median rumah teres setingkat dan teres dua tingkat di kawasan ini masih lagi mampu milik untuk golongan M40.

Dalam satu kajian yang diterbitkan mendapati, kadar peningkatan harga rumah tahunan di kawasan sekitar sangat positif daripada 50% sehingga 108% untuk hartanah jenis landed dalam masa 20 tahun. Kalau difikirkan, kenapa perlu bayar RM500, 000 untuk kondominium 3 bilik, sedangkan kita mampu memiliki teres dua tingkat superlink dengan sistem sekuriti gated and guarded?

#3 Kawasan dengan ‘back-up’ besar

Seremban hari ini pesat membangun dengan ‘back-up’ besar kerana termasuk dalam pelan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan juga Malaysian Vision Valley (MVV) yang melibatkan rancangan koridor ekonomi negara. Ini menjadikan hartanah di Bandar Sri Sendayan tidak boleh dipandang sebelah mata kerana pastinya sudah lengkap dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan asas untuk kehidupan seharian seperti;

  • Terletak di tengah-tengah Bandar Sri Sendayan (The heart of Bandar Sri Sendayan)
  • Sendayan Merchant Square
  • Sendayan X-Park
  • D’tempat Country Club
  • Sendayan Metropark
  • Sendayan TechValley
  • Hospital Columbia Asia (11km)
  • Hospital KPJ Seremban Specialist (12km)
  • Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (14km)

#4 Hartanah @ kediaman berkonsepkan mewah & moden, bersaiz besar menepati citarasa kini 

CELYN di Bandar Sri Sendayan menjanjikan kejiranan dengan landskap sofistikated serta suasana yang harmoni membuatkan sesiapa sahaja yang berada dalam kawasan perumahan ini seperti di dunia yang lain.

 CELYN Bayu Sutera dibina dengan kediaman jenis 2 tingkat jenis storey link bersaiz besar dengan 20’ x 70, cukup luas untuk menempatkan beberapa buah kereta, serta ruang laman di luar untuk beriadah bersama anak-anak.

Rumah berkeluasan 2, 142 kaki persegi dilengkapi dengan 4 bilik tidur + 3 bilik air (intermediate & end lots) dan 4 bilik tidur + 4 bilik air bagi corner lots.

Menariknya, setiap pembeli yang membeli mana-mana unit di CELYN Bayu Sutera akan diberikan keahlian clubhouse PERCUMA di d’tempat Country Club yang dilengkapi dengan;

  • Gimnasium
  • Kolam renang
  • Gimnasium air
  • Badminton, Tennis, Squash courts
  • Cineplex
  • Ruang kanak-kanak
  • Bilik membaca
  • Snooker room

Pokoknya, serba-serbi lengkap daripada kegunaan untuk anak-anak hinggalah ke dewasa, semuanya boleh menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan dan beriadah bila-bila masa sahaja siang atau malam, mahupun hari bekerja dan hari minggu.

#5 Promosi menarik dengan diskaun hebat hanya untuk masa ini!

Bagi yang setia membaca dari awal, berminat dan dah bersedia untuk mendiami CELYN Bayu Sutera di Bandar Sri Sendayan, pelbagai promosi menarik menanti!

Korang kini boleh miliki CELYN Bayu Sutera dengan harga bermula RM529, 999! Dan bukan itu sahaja, bayaran legal fee, stamp duty DITANGGUNG PENUH PEMAJU dan paling best keahlian clubhouse juga PERCUMA selama lima penggal di d’Tempat Country Club!

Tak cukup lagi? Pembeli terawal akan mendapatkan pakej early-bird yang pastinya didatangkan dengan tawaran-tawaran misteri menarik! Untuk offer ni korang kena cepat sebab tak tahu sampai bila promosi ini akan sah. Susah-susah sangat klik je link ni untuk pendaftaran https://bayusutera.com/siakapkeli/ atau hubungi di 1800 88 2688.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.