Siakap Keli

6 Selebriti Ini Tampil Dengan Penampilan Baharu, Cantik Dan Manis ‘Berhijab’

Keputusan beberapa seleberit wanita mengubah penampilan diri dari ‘free hair’, sekarang telah mengenakan hijab disambut baik peminat dan masyarakat.

Sangat beruntung jika seseorang itu terbuka hati untuk berhijrah dan berubah menjadi lebih baik. Lebih mengejutkan lagi, apabila ada antara mereka yang sedang berada di kemuncak kerjaya ‘sebulat hati’ untuk menukar penampilan dengan niat untuk berhijrah menjadi muslimah yang lebih baiik.

Kali ini, SK nak senaraikan beberapa selebriti Tanah Air yang bertudung selepas masuknya tahun baru Islam iaitu , Awal Muharram ini.

1. Izara Aishah

Walaupun posting di laman Instagramnya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai hijrahnya namun, kalau korang perasan semua gambarnya yang tidak bertudung telah dipadam.

2. Nana Mahazan

Benar hidayah itu milik Allah, seleberiti terkenal ini mengakui niatnya untuk berhijab sudah lama sejak tahun lalu lagi. Akhirnya apa yang diimpikan menjadi kenyataan.

Dalam pada itu, Nana berkata dalam video yang dikongsi di laman Instagramnya, dia kini terasa begitu tenang semenjak mengenakan hijab.

3. Vicha Saywho

Menerusi kenyataannya di media sosial baru-baru ini, Vicha mengambil keputusan untuk mengenakan hijab pada Awal Muharram tahun ini.

Menurut Vicha, dia masih dalam proses untuk membiasakan diri dengan imej berkenaan dan mengharapkan orang ramai mendoakan yang terbaik.

“Bismillah ya Allah. Saya minta tolong kepada untuk doakan yang baik2 yaa saya budak masih belajar insyaallah”

4. Betty Rahmat

Tampil anggun ayu, selebriti Betty Rahmat kini mengikut jejak kakak-kakaknya dengan mengenakan hijab.

Penghijarahannya bermula selepas mengikuti kelas pengajian agama atas talian, Betty akhirnya terbuka hati untuk menutup aurat sepenuhnya pada awal bulan Ogos lalu.

Menurut Betty dalam satu rakaman di Instagramnya, dia mula terdetik apabila melihat anaknya yang baru usia satu tahun lebih sudah pandai mengaji dan dari situ dia mula mencari sesuatu pada dirinya sehinggalah dia menyedari tanggungjawabnya sebagai wanita Islam untuk menutup aurat.

KLIK SINI untuk video penuh Betty Rahmat.

5. Elizah Sharifuddin

“Slowy but surely” itulah ungkapan yang dimuatnaik dalam laman Instagramnya mendapat pujian ramai dari rakan artis dan peminatnya.

6. Elyana

Penyanyi lagu Kalis Rindu ini mula berhijab pada pertengahan tahun ini sejak bulan Ramadan lalu. Sejak dari itu, Elyana mengenakan tudung sepanjang postingnya di laman Instagram.

Rata-rata peminatnya dan orang ramai mendoakan kesihatannya dan moga penghijrahan ini lebih baik untuknya.

Moga dengan penghijrahan mereka ini dapat membuka hati ramai wanita di luar sana untuk turut bersama menutup aurat.

 

Sumber: Instagram

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang