Baru-baru ini timbul dakwaan di mana pekerja bawahan seperti tukang cuci di hospital tidak menerima suntikan vaksin sehinggakan menjadi korban akibat wabak Covid-19 ini.
Dakwaan tersebut mengatakan bahawa mereka yang bekerja sebagai tukang cuci bukan sahaja mendapat upah yang sikit bahkan terpaksa berdepan dengan bahaya apabila bekerja di hospital.
Sehubungan itu, orang ramai mula mempersoalkan isu vaksinasi ini kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia seperti kenyataan di bawah.
Menyedari berkenaan perkara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham telah menjawab persoalan dan keraguan yang diajukan warganet tersebut dengan mengatakan bahawa semua pekerja di hospital termasuk tukang cuci untuk mendapatkan vaksin.
Tambahnya lagi, namun ia tertakluk kepada syarikat konsesi yang mereka bekerja.
Diharapkan selepas membaca penjelasan daripada Ketua Pengarah Kesihatan ini, orang ramai dapat memahami tentang isu ini.
Sumber: Twitter