Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan penerimaan surat perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Susulan perletakan jawatan itu, turut diperkenankan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri, sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.
Tapi apa sebenarnya peranan caretaker Perdana Menteri ni?
Ikuti perkongsian pengguna Twitter @nadiazaman__ di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.
Peranan caretaker Perdana Menteri
Caretaker Perdana Menteri bermaksud menggalas jawatan Perdana Menteri (PM) sementara dan tiada kuasa dalam membuat dasar (operasi harian sahaja). Dalam erti kata lain di sini YDPA tak berkenan Parlimen dibubarkan sehingga Agong rule out election.
Caretaker untuk Perdana Menteri saja, bukan Ketua Kerajaan sebab kerajaan dah tak ada sekarang. Itulah maksud di sini penjaga (caretaker), untuk pastikan operasi harian dijalankan seperti biasa, tapi tiada kuasa untuk membuat keputusan dasar, sehingga PM dan kerajaan baru dilantik.
Jadi bermula sekarang sehingga PM baru dilantik, Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Setiausaha pada hakikatnya yang menguruskan pentadbiran negara.
Berbeza pula dengan peranan Perdana Menteri Interim, Perdana Menteri Interim adalah Perdana Menteri sementara dipilih oleh kabinet baru dan dilantik oleh YDPA sebelum Perdana Menteri sebenar dilantik (incoming Prime Minister). Perdana Menteri Interim juga boleh dilantik sebagai ‘Acting PM’ jika berlaku sebarang kemungkinan kepada Perdana Menteri yang memerintah seperti masalah kesihatan atau kematian.
'Caretaker' Perdana Menteri bermaksud menggalas jawatan Perdana Menteri / Ketua Kerajaan sementara dan tiada kuasa dalam membuat dasar ( Operasi harian sahaja.). Dalam erti kata lain di sini YDPA tak berkenan Parlimen dibubarkan sehingga Agong rule out election.
— Nadia 🇲🇾 (@nadiazaman__) August 16, 2021
RALAT: Caretaker Perdana Menteri saja, bukan Ketua Kerajaan sebab kerajaan dah tak ada sekarang. itulah maksud di sini penjaga (caretaker) to make sure operasi harian dijalankan seperti biasa tapi tiada kuasa untuk membuat keputusan dasar, sehingga PM dan kerajaan baru dilantik
— Nadia 🇲🇾 (@nadiazaman__) August 16, 2021
Basically, from now on sehingga PM baru dilantik, KSN dan KSU adalah defacto running the administration
— Nadia 🇲🇾 (@nadiazaman__) August 16, 2021
Sumber: Nadia Zaman