Siakap Keli
Gambar: TikTok @adrianchiaaa

Nak Masuk Parkir Dalam Rumah Lagi Selamat Kalau ‘Reverse Parking’, Lelaki Ni Jelaskan Sebabnya

Parkir undur atau reverse parking mungkin agak sukar dan mengambil masa lebih lama. Jadi lebih ramai yang pilih untuk terus masuk je kereta kat parking rumah. Lepas seharian bekerja, balik penat-penat tu mana la sempat fikir nak reverse parking bagai kan.

Tapi korang tahu tak, sebenarnya reverse parking ni lebih selamat, tambahan pulak bila nak masuk parking rumah.

Melalui video yang diunggah di akaun TikTok @adrianchiaaa, lelaki ni berkongsi pengalaman ayahnya yang pernah diekori perompak masa nak masuk parking rumah.

Jadi, untuk mengelak daripada tak perasan kalau ada individu mencurigakan ikut sampai rumah, adalah lebih baik kalau kita reverse parking kereta sebagai langkah berjaga-jaga.

Bila pandangan kita menghadap kawasan luar rumah masa tengah reverse parking, kita akan senang nampak jika diekori orang asing.

Bukan itu saja, dalam keadaan kereta yang diparkir undur, bila nak keluarkan kereta pun lebih peka kalau-kalau ada pejalan kaki atau kereta lain yang melintas. Nak keluar kereta pun lebih mudah.

Mungkin perkara-perkara begini tak sering berlaku. Tapi ingat, malang tak berbau.

@adrianchiaaa

Anda parking depan atau reverse parking? #carsafetytips #fypmalaysia #TikTokGuru #learnontiktok

♬ Time Back-剪辑版 – 杨多

“Cepat nak keluar kalau emergency”

“Pernah nak terlanggar kereta sebab parking depan”

 

Sumber: TikTok @adrianchiaaa

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.