Siakap Keli

Pakar Imej Potrait, ‘Pre-Order’ OPPO Reno6 Pro Ini Di Lazada Untuk Dapat Hadiah ‘Free’ Sehingga RM1099

Pasti ada diantara kita yang sedang mencari telefon bimbit bukan? Untuk mencari telefon bimbit yang betul-betul ‘ngam’ dengan penggunaan dan kemahuan kita ini bukanlah mudah.

Yelah, dekat pasaran sekarang ni banyak sangat telefon-telefon baru yang dikeluarkan. Memang pening kalau nak survey satu-satu.

Tapi berita baik untuk korang, syarikat pengeluar telefon bimbit termuka bernama OPPO kini ada keluarkan satu telefon bimbit yang korang wajib survey!

Telefon bimbit yang dimaksudkan tu ialah OPPO Reno6 Pro. Korang cuba try tengok dulu, dah tengok nanti mesti korang puas hati and tak pening kepala lagi nak cari telefon baru. Sebab apa? Okay, jom kita tengok apa yang special pasal phone ni.

Pertama sekali, OPPO Reno6 Pro ni datang dengan dua pilihan warna yang elegan yang pasti korang suka iaitu Arctic Blue dan Lunar Grey. Ianya juga mempunyai ukuran ketebalan berukuran 7.99 mm dan berat 188g sahaja. Ni bermakna, ianya senang nak masukkan dalam poket seluar dan ringan untuk dipegang untuk masa yang lama.

Jom kita tengok kelebihan skrin dia.

Skrin melengkung 3D

-Kadar refresh rate 90Hz dan 180Hz kadar sampling:

Paparan yang lebih lancar dan kepekaan skrin yang lebih tinggi ketika pengguna menonton video atau buat benda lain ketika menggunakan.

-HDR10+ certification

Lulus pensijilan Paparan Penjagaan Mata SGS.

-Modul cap jari optik:

Unlock telefon dengan lebih tepat

Hardware

OPPO Reno6 Pro ini dipadankan dengan sokongan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 870 dengan CPU Kryo 585. Peranti ini menggunakan teknologi proses 7nm, yang akan menjanjikan prestasi yang lebih baik dan penggunaan kuasa yang lebih rendah serta berkebolehan menampung pengkomputeran gambar yang kompleks dengan intensiti yang tinggi.

-Ianya lebih daripada mencukupi untuk menampung aplikasi permainan besar

-Kelajuan melancarkan aplikasi yang lebih cepat

-Permainan yang besar dapat load dengan lebih cepat

Selain daripada itu juga, OPPO Reno6 Pro ini juga turut didatangkan dengan konfigurasi 128GB RAM + 256GB storan.

Tapi dalam istimewanya pasal RAM peranti ni tak terhenti kat sini je, ianya kerana, OPPO Reno6 Pro yang hadir dengan Color OS 11.3 ini dilengkapi dengan ciri RAM Expansion tau.

-Peranti 12GB ini menyokong tiga tahap RAM Expansion: 3GB/5GB/7GB, untuk memudahkan sistem dan meningkatkan prestasi peranti korang tu.

Okay jom kita pergi kepada part yang paling special untuk peranti ni iaitu kamera dia.

Kamera OPPO Reno6 Pro ni dilengkapi dengan kamera utama yang menggunakan sensor Sony IMX766 dengan 64MP, 8MP ultra lebar, 2MP makro dan 2MP depth.

Jom kita pergi dalam sikit pasal apa yang kamera dia ni mampu buat.

Bokeh Flare Portrait Video + Photos

-Dikuasakan oleh algoritma AI, yang mengandungi tiga model AI yang berbeza, ianya dapat membezakan subjek manusia dari background supaya dapat mencerahkan subjek dan mengaburkan background secara automatik, dan seterusnya meningkatkan titik cahaya.

Bokeh Flare Portrait ON
Bike Flare Portrait OFF

-Berupaya untuk dapat hasil memuaskan untuk pemandangan di waktu malam seperti di jalan, terowong, langit, kelab, pub, restoran, taman tema di waktu malam, pantulan cahaya di dalam air, bungai api serta di hadapan kenderaan.

-Ianya juga mampu mendapatkan hasil yang menakjubkan ketika di siang hari seperti bayangan pokok dan cahaya yang berkilauan di atas air.

AI Highlight Video

Dikuasakan oleh Algoritma Video Ultra Malam dan Algoritma HDR Langsung.

1) Algoritma HDR Langsung

AI Highlight Video ON
AI Highlight Video OFF

-Ciri ini dapat menangkap lebih banyak benda dalam pemandangan cahaya latar (seperti imej melawan cahaya atau matahari terbenam) terutamanya perincian di latar belakang dan mencerahkan wajah manusia.

-Lampu latar (luar): Pemandangan matahari terbenam; jalan, taman, dan lain-lain.

-Lampu latar (dalaman): kafe, restoran, pusat membeli-belah, dan lain-lain.

2) Algoritma Video Ultra Malam

AI Highlight Video Ultra Night ON
AI Highlight Video Ultra Night OFF

 

-Ciri ini dapat meningkatkan kecerahan secara automatik, menyesuaikan nisbah contrast, mengekalkan perincian warna (terutamanya bahagian gelap), mengurangkan noise gambar, dan meningkatkan kejelasan keseluruhan video.

-Pemandangan malam (luar): Pemandangan malam bandar, pertunjukan cahaya, pencahayaan bangunan, dan lain-lain.

-Pemandangan malam (dalaman): Pesta malam, keluarga berkumpul, bar, dan lain-lain lagi.

Focus Tracking

Masalah yang sering dihadapi pengguna:

-Mengalami kehilangan fokus semasa mereka merakam video subjek yang bergerak pantas.

Bagaimana OPPO Reno6 Pro ini dapat selesaikannya:

1) Ciri ini dapat sentiasa mengesan lokasi subjek dalam gambar dan mengunci subjek semasa bergerak.

2) Mampu mengenali subjek manusia, hawian, dan tumbuhan. Kini pengguna dapat merakam video yang cantik dengan subjek yang jelas. Contohnya:

  • Adegan gerak (sukan, menari, berlari)
  • Fokus kepada subjek utama dalam khalayak ramai (stesen kereta api yang sesak, jalan yang sibuk)
  • Merakam video yang cantik dengan pantas (kanak-kanak, haiwan)

Bateri yang besar dan dijamin puas hati

Peranti OPPO Reno6 Pro ini dikuasakan dengan bateri sebesar 4500 mAh, 65W pengecasan pantas SuperVOOC2.0.

-Pengecasan selama lima minit dapat memberikan ketahanan sehingga 4 jam menonton video

-Hanya 35 minit sahaja diperlukan untuk telefon berjaya dicas sepenuhnya

-Dengan bateri yang besar ini, ianya dapat menjamin ketahanan dengan lebih lama serta tidak lupa juga dengan mod pengecasannya yang sangat pantas

Yang ni pastinya ramai nak tahu. Yelah, zaman sekarang ni main game dekat phone dah menjadi trend kan. Jadi, jom kita tengok special dia dekat gaming pula.

Gaming

Sistem penyejukan

-Sebagai tambahan kepada sistem penyejukan yang sedia ada, OPPO Reno6 Pro dikuasakan dengan 31.68cm2 Ultra-large Vapor Chamber.

-Walaupun dengan banyak aplikasi dibuka dalam masa yang sama, atau semasa bermain game, OPPO Reno6 Pro tetap selesa dipegang dengan lebih lama daripada sebelumnya.

HyperBoost 4.1

-Memastikan kadar frame yang stabil, penggunaan kuasa yang lebih rendah, dan kurang panas ketika pengguna menggunakan dengan kadar bebanan yang tinggi.

Game Focus Mode

-Menyembunyikan status bar; sembunyikan butang navigasi dan meyekat gerak isyarat; menyekat notifikasi; menyekat panggilan masuk; menutup sidebar, game assistant, dan floating windows.

So, dah settle pasal semua yang menarik berkenaan dengan OPPO Reno6 Pro ni, korang rasa macam mana? Puas hati tak? Nak beli tak?

Haa, kalau korang still rasa macam tak berbaloi lagi, tunggu jap, sebab ada lagi tawaran menarik OPPO nak bagi untuk korang kalau korang beli telefon ni tau.

Kalau korang nak beli, pra tempah untuk telefon ni akan bermula daripada 17 Ogos 2021 ni sampai 23 Ogos 2021 je. Ha ni yang best. Kalau korang buat pra tempah dalam tarikh ni, korang berpeluang untuk menerima hadiah percuma yang bernilai RM 1,099 tau. Banyak tu!

 

Korang juga akan dapat sepasang earbuds Enco Air TWS yang baru sahaja dilancarkan dengan beg galas jenama Marshall! Tak cukup dengan tu, korang juga akan dapat 1TB Hey Tap Cloud Storage, OPPO Care one-year screen protection dan banyak lagi! Bestnya dapat banyak benda percuma kan!

Korang yang nak buat pra tempah ni boleh pergi buat dekat OPPO punya official store dekat Lazada, atau kedai OPPO dan kedai OPPO Brand Store.

Bagi korang yang nak beli dekat Lazada ni, ada tawaran menarik untuk korang. Pembeli yang nak beli OPPO Reno6 Pro dekat Lazada ni akan ditawarkan dengan promosi untuk buat pilihan beli OPPO Enco Buds dengan harga serendah RM1 sahaja atau OPPO Enco Air dengan harga RM29.

Berita baik kalau korang pengguna kredit kad Standard Chartered, korang akan dapat potongan harga sebanyak RM100 tau!

Semua benda yang best dan berita baik tu tak berhenti takat tu je sebabnya ada lagi!

Untuk meraikan pelancaran tersebut, OPPO ada menawarkan kepada sesiapa yang membeli apa-apa produk OPPO di Lazada layak untuk menyertai cabutan bertuah dengan hadiah berupa produk-produk jenama Marshall bernilai sehingga RM,1999 untuk dimenangi!

So, apa tunggu lagi! Cepat-cepat buat pra tempah dan beli produk OPPO ni sekarang sebelum terlambat!

Korang yang nak beli tu boleh terus klik link dekat bawah ni:

Lazada

Oppo Store

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.