Siakap Keli
Kredit: Bernama

Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Melanda Beberapa Buah Negeri Sehingga 1 Tengah Hari Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka akan berlaku sehingga jam 1 tengah hari, hari ini.

Kenyataan yang dikeluarkan pada pukul 10.40 pagi itu memaparkan fenomena tersebut dijangka melibatkan lima buah negeri, iaitu Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Antara kawasan yang terlibat mengikut negeri ialah seperti berikut:

Pulau Pinang (Barat Daya dan Timur Laut)

Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh)

Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman)

Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong) dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro)

Sabah: Tawau (Tawau)

Oleh itu, mereka yang berada di kawasan-kawasan tersebut diminta untuk lebih bersedia dan berhati-hati.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Hanis Lyana

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.