Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan hari terakhirnya sebagai Perdana Menteri hari ini menegaskan tidak akan bersekongkol dengan golongan kleptokrat demi mengekalkan kuasa.
Ujarnya yang sebelum ini pernah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau redha dan tidak akan menggadaikan prinsip mahupun mengganggu badan kehakiman serta perlembagaan untuk kepentingan diri.
“Saya memimpin negara dalam keadaan krisis ekonomi yang tak pernah berlaku dalam sejarah negara dan dunia selama ini,” katanya.
“Saya digugat dari segi politik.. Saya boleh korbankan prinsip saya untuk kekal sebagai Perdana Menteri, tapi itu bukan pilihan saya.
“Saya tak akan bersekongkol dengan kumpulan kleptokrat, saya tak akan mengganggu kebebasan badan kehakiman dan Perlembagaan Persekutuan semata-mata untuk terus berkuasa,” ujarnya.
📍 Muhyiddin nyatakan tak akan sekongkol dengan kumpulan kleptokrat, tidak ganggu badan kehakiman, belakangi perlembagaan semata-mata untuk kekal kuasa
📍 Muhyiddin harap dasar-dasar kerajaan yang baik akan dikekalkan pada masa akan datang@MuhyiddinYassin pic.twitter.com/tQDvIoasWg
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 16, 2021
Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN)